Khamis, Julai 30, 2009

Roselle untuk demam panas dan selsema




Info tentang Roselle yang mungkin ramai yang tak tau....

Nama saintifik Roselle adalah Hibiscus sabdariffa L, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C melebihi dari yang terdapat dalam keluarga Limau (citrus).

Kelebihan pengambilan kordial Roselle ini ialah:

1. Anti penuaan.
2. Pencegah penyakit cardiavaskular.
3. Pencegahan Kanser
4. Demam panas/ selsema
5. Resdung (alergi) & Athma (lelah)
6. Stress @ sukar tidur (Insomnia)

Kismis Untuk Minda



Kismis memang senang nak dapat di mana-mana kedai , memang ramai yang tau penggunaan nya tapi kita tau tak tentang kismis dan khasiatnya ?

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan.
Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain.

Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa.

Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek.

Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya.

Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.


Nama-nama bagi kismis:



Inggeris –> Grape seed / Raisin

Arab –> Zabib

Melayu –> Kismis

Saintifik/latin –> Vitis vinifera


Khasiat dan Kegunaan Kismis:


1. Melindungi hati.

2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).

3. Melawaskan pembuangan air besar.

4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit

5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).

6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.


Kismis digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai anti-oksidan. Kismis baik untuk hati, memperbaiki sirkulasi, melawas pembuangan, memperbaiki keanjalan kulit dan meningkatkan memori. Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak.

Sabtu, Julai 11, 2009

HPA sebagai Hadiah Persahabatan Anda




Produk HPA juga boleh dijadikan hadiah , buah tangan, hamper hari raya , hantaran pertunangan atau perkahwinan







Hamper Makanan

1 - Radix Kopi (15 Sachet)
1 - Radix Kola (1.5 Liter)
1 - Radix Cookies (210 gram)
1 - Kismis Minda (250 gram)
1 - Kicap
1 - Sos Cili
1 - Rempah Kari
1 - Pembungkusan

Hamper Kegunaan Harian

1 - Wahdah
1 - Ubat gigi herba
1 - Berus gigi kasturi
1 - Orange Wash
1 - Bedak Talkum
1 - Sabun Susu Kambing
1 - Pembungkusan

Untuk Tempahan :
Hubungi 0136362564

Selasa, Julai 07, 2009

Ikan Masam Manis Alami




Bahan

1) 1 ekor Ikan (bawal/siakap)

2) 1/2 labu bawang besar

3) 1 biji Cili hijau dan cili merah

4) 1 sudu besar sos tomato HPA

5) 1/2 cawan air

6) 3 sudu besar perencah alami

7) Serbuk kunyit sedikit

8) Garam sedikit

9) Minyak untuk menggoreng

Cara

Pertama sekali, kelar ikan supaya mudah masak rata apabila digoreng.

Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Perap seketika.

Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing.

Sementara itu potong bulat bawang besar dan hiris nipis cili merah dan cili hijau.

Setelah ikan garing, asingkan dan toskan minyaknya.

Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan masukkan perencah alami.

Masukkan 1/2 cawan air

Masukkan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan pula cili.

Kemudian, masukkan sos tomato .

Kacau hingga pecah minyak dan akhir sekali tuangkan sos keatas ikan tadi.

Hmmm....dah sedia untuk dihidang.

Selasa, Jun 30, 2009

Selingan jap...My Collection
















Khamis, Jun 18, 2009

Radix FLOAT












Bahan

1 gelas Radix Sarsi

2 sudu besar ais krim toyyibah perasa vanila ( kalau nak lebih aiskrim pun boleh)

Cara

Tuangkan Radix Sarsi kedalam gelas

Masukkan aiskrim toyibbah ke dalam gelas tadi

Sedap ?


Ahad, Jun 07, 2009

Ayam Goreng Radix

Bahan

1 ekor ayam organik HPA


2 biji putih telur sahaja


Tepung goreng RFC
1 kg minyak untuk deep-fry
Cara


1. Ayam dipotong ikut sesuai. Basuhkan dengan tepung .


2. Bilas bersih dan toskan sehingga kering.
3. Pukul sikit putih telur dan gaulkan dengan ayam.


4. Taburkan tepung goreng RFC pada ketulan ayam dan golekkan sekata.


5. Panaskan minyak dan masukkan ayam.


6. Goreng dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Balikkan ayam mengikut kesesuaian.
7. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak dalam tapisan.


Cuba lah......

Salad Buah-Buahan Toyibbah


Bahan:


2 biji epal hijau


2 biji epal merah


2 biji mangga (yg masak tapi keras)


1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub anggur merah dan hijau


kismis hitam dan kuning


3 cawan ice-cream Toyibbah perasa vanilla


Cara:


1. Potong dadu semua bahan yang besar.


2. Gaul rata bersama ice cream semua bahan2 ini.


3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan


Enak nya di musim panas ni....


Kalau malas nak potong buah-buahan di atas beli aje fruit cocktail , tapi masukkan separuh je jus cocktail ....hmmmmm...memang sedap

Khamis, Mei 14, 2009

Kentang Wedges RFC


1 /2 kg kentang
4 sudu tepung RFC
1 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng


Caranya:


Kentang di buang kulit dan potong bentuk wedges
Di basuh dan di rebus separuh masak
Setelah separuh masak angkat dan toskan
Di dalam mangkuk lain pecahkan telur dan pukul sebati
Kemudian masukkan kentang tadi dan gaulkan sebati
Taburkan tepung RFC dan pastikan kentang tadi di saluti dengan tepung.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kentang yang di sediakan tadi
Goreng sehingga kekuningan dan boleh di angkat.
Kalau tak suka menggoreng, boleh juga di bakar di dalam oven selama 15-20 minit.


Tuangkan sos cili keatas wedges tadi


Mmmmm.....sehingga menjilat jari

Radix Koko Shake


1 sachet radix koko


1/2 cawan air panas


1 cawan air sejuk


Larutkan radix koko ke dalam air panas , kemudian campurkan air sejuk dan kacau sehingga sebati.




Masukkan kedalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga separuh beku.




Setelah separuh beku keluarkan dari peti sejuk dan goncangkan (shake) sehingga sebati.




Mmmm......Sedap di minum ketika cuaca panas.








Selamat mencuba.....................

Selasa, Mei 05, 2009

Udang Goreng RFC

BAHAN:
300 gm udang


1 biji telur
4 sudu besar tepung RFC
Minyak untuk menggoreng




CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan diatas dan perapkan udang selama 5 minit.
2. Goreng udang sehingga kekuningan dan hidangkan.

Isnin, Mei 04, 2009

Kongsi Resepi



Saya ingin berkongsi resepi mudah dan ringkas untuk di nikmati bersama keluarga tersayang. Istimewanya resepi ini adalah bahan yang di gunakan adalah produk HPA yang pastinya halal.


Resepi ini amat mudah di sediakan dengan bahan yang minima.Selain wanita berkerjaya
dan surirumah, anak remaja dan suami juga boleh menyediakan resepi ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More