Khamis, Disember 30, 2010

Sarapan pagi ... yang simple

nak makan ape ye pagi ni ......



Cereal Radix + Kopi Radix = sarapan pagi
'MAI SECAWAN'

Sabtu, Disember 18, 2010

Musim Hujan ....

Hujan-hujan best duduk kat rumah pastu di hidangkan dgn apam balik dan kopi O ...mmm...mmm ...mmuah ...


APAM BALIK


Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak

1/4 cawan gula

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

sedikit pewarna kuning

1 biji telur

1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)

1/2 sudu kecil baking powder

1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur

1 tin jagung krim - untuk ditabur

1 cawan gula - untuk ditabur

sedikit mentega

Cara membuat:
Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.

Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.

Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.

Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).

Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.

Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Rabu, Disember 15, 2010

Konvo Sarah (my daughter)


Apa kah syarat pakaian solat wanita?

Kebiasaan nya  kaum wanita akan memakai set kain putih yang digelar sebagai telekung setiap kali mereka bersolat sehinggakan dianggap bahawa telekung itu adalah jenis pakaian yang wajib bagi seorang wanita untuk mendirikan solat.

" Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung "


" Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya. "

Jadi, syarat pakaian solat yang diwajibkan bagi seorang wanita ialah kain tudung yang menutupi dari kepala sehingga ke bawah kawasan dada dan pakaian yang dapat menutupi sehingga ke kedua tapak kakinya. Selain itu pakaiannya hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk badan atau bayangannya dan tidak nipis sehingga melihatkan warna kulit di sebaliknya.

Khamis, Disember 09, 2010

Biar la memenuhi tuntutan syariat ..... Telekung Che' Zan





Keistimewaan jika memiliki telekung Che' Zan ni ....
  •  kain nya tak jarang dan ada 2 lapisan di bahagian atas
  • ia selesa dan mudah di pakai
  • tak perlu ada anak telekung
  • memenuhi tuntutan syariat
  • sesuai untuk ibadah haji dan umrah dan hadiah untuk tersayang
 berminat ? sms ke 0136362564 atau emel ke jenaris2007@yahoo.com.my

Isnin, Disember 06, 2010

Maal Hijrah

Salam, Selamat menyambut Maal Hijrah.... ape ye azam tahun ni ? .... entah la , macam biasa kut ... jgn lupe baca doa akhir tahun dan awal tahun .....ingat tak ?

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

  
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
 aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

 

 DOA AWAL TAHUN

 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

  Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
 dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

  

Rabu, September 29, 2010

Jemputan .... sebagai tetamu

Ya Allah , hamba bersyukur kerana aku dan suami telah di jemput sebagai tetamu mu .... hanya Allah saja lah yang tahu perasaan kami :

gembira -  kerana telah terpilih
takut     -  dugaan yang akan Allah berikan pada ku
resah     -  dengan suasana di sana
gelisah   -  dapatkah aku tempuhi semuanya dengan selamat
risau      -  kaum keluarga yang akan di tinggalkan

Insyaallah , semua urusan dan ibadah yang di lalui di permudahkan dan mendapat haji mabrur , berkat doa yang tidak putus-putus dari  kaum keluarga dan sahabat handai ..Aamiiiinnnnn.

Rabu, September 22, 2010

Coobaan ...

Ni lah hasilnya ....cobaan pertama buat pasembor


Selasa, September 21, 2010

Exam....Open house.......Kursus ...Kenduri Kawen

Ari ni my youngest son UPSR (Best Of Luck to Nazri)  
  

 ,  pastu saturday ni pulak open house, kenduri and kursus haji (tgh tunggu tarikh flight ) ...puh.. pack betul, my family pun akan turun ke KL best nye sebab tahun ni tak balik raya kat Perak (since they are coming here)


Jumaat, September 17, 2010

Gambar masa raya


Masakan wajib tuk raya ....Daging Palembang

Ha ni dia juadah yg mesti ada pada hari raya ... kalau dtg rumah Cik Yam mesti cari ni punya ....


resepi nya kat sini 

Isnin, Ogos 23, 2010

Tawaran hebat ! ! ! !

Salam pada semua , ...tup...tup...tup dah hampir separuh Ramadhan berlalu , tak lama je lagi dah nak habis offer dari Allah...., hanya Allah je yg tau kita masih ada pd Ramadhan yg akan datang so jgn lepaskan peluang ni ...




Khamis, Ogos 19, 2010

Dah lebih seminggu kite sambut puasa yek? cepat betul masa berlalu.....apa juadah berbuka hari ni ?
Jom kite tengok .....

hai ...dah telan air lior nampak? .... sabo...sabo...beberapa minit je lagi....

Selasa, Ogos 10, 2010

Selamat Berpuasa ....

Khamis, Julai 22, 2010

Ramadhan menjelma lagi ... Ingat mengingati

Selepas bulan Sya'ban apa yang selalu kita tunggu-tunggu...puasa pastu raya, biasanya persiapan raya yang lebih di utamakan ...sale sana sale sini, jadi bulan Ramadhan tu kita habiskan dengan persiapan nak raya. Apa kata kita ubah sikit minda kita ... kita berlumba-lumba siapkan diri untuk bulan Ramadhan, raya tu buat ala kadar je... lagipun puasa kita tu yang akan dapat pahala berganda-ganda , raya tu setakat enjoy je (ada pahala tapi byk lg masa Ramadhan)...betul tak? so marilah kita saling ingat mengingati....

Sebelum Ramadhan

Sebelum memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan
diantaranya:

i. Berdoa kepada Allah agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan.

ii. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari
dosa dan perbuatan maksiat.

iii. Mempersiapkan diri dengan banyak beramal sholeh pada bulan saya'ban
terutama sekali puasa.

iv. Berusaha untuk tafaqquh ( memahami ) hukum-hukum berkaitan dengan
shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum
memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya,
pembatal-pembatalnya.

v. Mempersiapkan acara-acara ( kegiatan ) dalam mengisi bulan Ramadhan.
qira'atul Qur'an,mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, acara buka puasa bersama, umrah Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh.


Semasa Ramadhan

i. Seseorang yang dalam keadaan junub tetap harus berniat puasa,
meskipun ia mandi janabah setelah terbit fajar ( Shubuh ).

ii. Wanita yang suci dari haidh sebelum fajar tiba ( bulan Ramadhan ),
maka wajib berpuasa walaupun ia mandi besar setelah terbit fajar.

iii. Seseorang yang sedang berpuasa dibolehkan mencabut gigi, mengouati
luka atau menggunakan obat titisan mata/telinga ( eye / ear dtrops ).

iv. Diperbolehkan bagi yang sedang berpuasa untuk menggosok gigi baik
diwaktu pagi mahupun siang hari, bahkan itu termasuk sunnah nabi.

v. Untuk mengurangi rasa panas dan dahaga diperbolehkan
membasahi kepala dengan air dingin.

vi. Bagi penderita sesak nafas meskipun sedang berpuasa diperbolehkan
menyembur mulut dengan sesuatu ( berupa udara/gas ) yang dapat melonggarkan
pernafasan.

vii. Orang yang sedang berpuasa diperbolehkan membasahi bibir dengan air
bila terasa kering dan juga diperbolehkan berkumur-kumur namun dengan
syarat tidak tertelan.

viii. Disunnahkan mengakhirkan sahur ( melambat-lambatkan ) hingga
menjelang fajar dan segera berbuka setelah matahari terbenam ( Maghrib ).
Diutamakan berbuka dengan kurma rutab ( hampir masak ), jika tidak ada
rutab dengan kurma masak, dan jika tidak ada boleh berbuka denga apa saja
yang halal atau cukup dengan minum air apabila tidak menjumpai makanan.

ix Orang yang sedang berpuasa sangat dianjurkan untuk
memperbanyak amalan sunnah, seperti sholat sunnah, membaca Al Qur'an,
berzikir dan bersedekah.

x Bagi yang sedang berpuasa tetap diharuskan menjaga dan mengamalkan
kewajipan-kewajipan yang lain serta menjauhi perbuatan-perbuatan haram.
Hendaklah ia menjaga sholat lima waktu dengan menjalankan tepat pada
waktunya dan dengan berjemaah di masjid bagi kaum lelaki.

xi. Hendaknya selalu menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan tercela
yang dapat menghapus pahala puasa seperti: berdusta, berbuat curang,
menipu, riba, berbicara yang haram dan sebagainya.

Rabu, Jun 30, 2010

Perkahwinan Hafiz & Teha dan Raihan & Asrizal

Koleksi klasik ku.....

Selasa, Jun 22, 2010

Kenapa Halal diwajibkan?

  • Makanan adalah sumber utama kehidupan manusia. Umat ISLAM adalah suatu umat yang telah disyari’atkan oleh ALLAH swt. dengan mewajibkan memakan dari sumber yang HALAALAN THOYYIBA... HALAL lagi baik.

  • Pencernaan dalam sistem tubuh badan manusia mengikut apa yang dimakan. Jika makanan itu HALAL maka terbitlah budipekerti yang mulia, dan jika sumber atau makanan itu HARAM maka terbitlah perangai-perangai keji yang dicela syarak

  • Disamping itu, selain daripada makanan peralatan luaran seperti kosmetik, dandanan diri, keperluan harian dan sebagainya juga merupakan barang kegunaan utama umat ISLAM. Adakah diyakini semuanya itu HALAL LAGI BAIK?

  • Al-Quran ketika berbicara tentang makanan, Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thoyyib iaitu yang lazat, baik dan menyihatkan. Malah al-Quran telah menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang memiliki zat seperti ikan, madu, buah-buahan, lemak dan minyak untuk dimakan oleh manusia. Pada prinsipnya sesuatu yang ada di alam nyata ini adalah halal untuk digunakan.

Firman Allah dalam surah al-Mu’minun ayat 19 yang bermaksud:


“Kemudian, Kami tumbuhkan kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.”

  • Seorang ulama besar, al-Harali berpendapat bahawa jenis makanan dan minuman sesungguhnya dapat mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental pemakannya. Justeru itu alasan al-Quran cukup kuat apabila ia mengharamkan arak, bangkai, darah dan daging khinzir kerana ia akan memberi kesan atau mudarat ke atas jiwa manusia.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

  • Sesuatu makanan yang dihalalkan oleh Islam sudah pasti ia akan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak akan membawa kemudaratan. Begitulah sebaliknya sesuatu yang diharam itu sudah tentu akan memudaratkan tubuh badan manusia.

  • Islam juga telah menetapkan bahawa sesuatu makanan yang dianggap halal tetapi cara mendapatkannya tidak halal adalah haram untuk dimakan.Sebagai contoh barang curi atau harta yang dirampas, makan harta anak yatim dan memakan harta benda yang diperoleh secara riba.

  • Rasulullah s.a.w. juga mengaitkan antara termakbulnya doa dengan makanan halal.

Selasa, Jun 15, 2010

Buku Kembara Hati di Tanah Suci



Ustaz Ghazali Ibrahim adalah adik kepada arwah Ustaz Asri Rabbani.
Buku ini amat sesuai kepada jemaah yang akan menunaikan Haji atau Umrah.

Pengalaman yang ada dalam buku ini boleh di jadikan panduan dan pedoman kepada jemaah yang pertama kali ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Rabu, Mei 26, 2010

Kisah Mee segera

Sumber: Sinar Harian


GEORGETOWN – Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.

“Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan.

“Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan.

Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera.

Oleh itu elakkan lah memakan mee segera kerana banyak lagi makanan yang tidak memudaratkan kita....

Rabu, Mei 19, 2010

Musim Panas

Lama tak update blog ni ye ... ni ade sikit petua tuk cuaca kering ni...

Sakit kerongkong dalam cuaca panas tidak sama dengan sakit ketika musim lembab. Sedapnya dpt minum air Roselle.



Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dengan tambahan herba yang bersifat masam seperti Jus Asam Jawa

Jumaat, Mei 07, 2010

Resepi Hidup Sihat

Sekarang ni ada je berita kematian yang mengejut ... muda lagi dah meninggal, kesian isteri dan anak2 dia .... kemalangan tu biasa la tapi ... semalam kita jumpa dia sehat je ..tup...tup...pagi ni dengar dah meninggal. Pernah berlaku kat saya baru2 ni , masa tu kenduri anak buah dia bertunang, kebetulan kakak pun kenalkan dia pada saya.... oghang nye muda dan sihat .... aleh2 dapat berita dia meninggal esoknye...Ya Allah ! hanya Dia lah yang menentukan ajal hambaNya ...

Sebab tu la nak ingatkan untuk saya dan juga semua , jaga lah kesihatan ..... apakah makna hidup senang kalau banyak penyakit yang menyerang...

Nikmati pelbagai jenis makanan mengikut keperluan


• Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan


• Pilih makanan yang kaya dengan bijirin dan kekacang


• Kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.


• Banyakkan minum air kosong
 
Di antara makanan yang berkhasiat

Oat:  Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu menyamai tenaga pembinaan otot-otot.







Kismis Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan

Jumaat, April 30, 2010

Erti Diet Sebenar

Oleh Zuhayati Yazid

SETIAP manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan seharian iaitu makanan yang memberi dan menambah tenaga bagi memastikan badan berupaya melakukan kerja-kerja harian dan otak pula mampu berfikir.

Kesihatan yang baik juga berpunca daripada pemakanan yang seimbang dan sempurna kerana kesihatan merupakan aset penting bagi kita.

Sekiranya tanpa tahap kesihatan yang baik kita akan diserang pelbagai penyakit dan sukar untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna.

Namun masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa faktor pemakanan yang tidak sihat juga mengundang kepada masalah kesihatan yang boleh membawa maut dan secara tidak langsung merupakan punca utama penyakit yang kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Corak dan cara pengambilan makanan yang sistematik perlu dimulakan di peringkat awal lagi iaitu ketika kanak-kanak supaya amalan ini akan menjadi kebiasaan apabila menginjak dewasa dan memberikan kesan yang berterusan serta memberikan tahap kesihatan yang optimum.

Tabiat makanan semasa bercuti dan perayaan juga mengundang kepada permasalahan kesihatan kerana mengganggu jadual pemakanan sehingga tidak terurus.

Maklum saja, semasa bercuti kita makan apa sahaja tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan, tambahan pula hidangan kesemuanya sedap-sedap.

Apabila berat badan sudah naik mungkin inilah masa kita untuk berdiet, sebenarnya bukan susah untuk mendapatkan badan yang langsing serta sihat.

Berikut beberapa cara untuk menguruskan pemakanan yang seimbang secara bijak bagi tujuan kesihatan diri kita.

Jika anda sedang berada dalam keadaan proses untuk menurunkan berat badan, amalkan pemakanan yang sihat. Amalkan diet yang menyarankan makanan tinggi protien.

Selain itu, hindari makanan ringan yang tidak membawa kepada kebaikan dalam kesihatan.

Mulakan pemakanan seimbang tersebut dengan tersusun namun harus diingatkan awasilah makanan secara teratur, Lihatlah kesan dalam tempoh tujuh hari, pasti anda akan tersenyum sendiri.

Pertama, kurangkan pengambilan gula. Gula pasir sebenarnya tidak baik untuk kesihatan, oleh itu kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan anda.

Pengambilan bahan-bahan ini secara berlebihan boleh meningkatkan risiko diri anda kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis serta kanser.

Keadaan ini juga akan menjadikan diri anda kelihatan letih dan cepat penat.

Selain dari itu, atur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak tiga hingga empat kali seminggu.

Jumaat, April 23, 2010

Menu tengahari semalam ....

Jemu jugak makan lauk kedai .... ape nak buat kekadang tak sempat nak masak bukan nya ape.
Masak ayam masak kicap lada hitam dan sambal tumis udang... huh berselera anak2 makan...

Rabu, April 21, 2010

Gaya Hidup Sihat


Diet yang mudah di amalkan dan senang di perolehi di sini klik

Sabtu, April 17, 2010

Apa itu diet ?

 Orang selalu kata ' I diet la... tak nak makan' ..salah tu ... diet tu bukan tak makan lansung ...tapi makan la ikut time dan dalam kuantiti yang sikit je....


Yang pastinya , hargailah badan dan kesihatan kita. Jangan terlalu ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan tentang kesihatan dan lain lain faktor.



Jgn terlalu stress dan setiap hari hanya memikirkan bagaimana untuk menguruskan badan dan asyik sering dok menimbang berat badan, maka berat badan juga akan lambat turun.

Jadi amalkan pemakanan yang sehat.


Dibawah ni cuba di perturunkan beberapa langkah yang agak senang dan memang sehat .Cuma bila saya bgtau cara cara ni, kengkadang sesetengah tu berkata , tak dapat nak lakukan……hmmmm (tepuk dada tanya diri.... lu fikir la sendiri ! ! ! !)


  1. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  2. Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.
  3. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  4. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  5. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  6. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan
  7. Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.
  8. Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.

Rabu, April 14, 2010

Sambungan tips kuruskan badan

Cakap pasal kurus ni ... hmmm senang tapi susah jugak. Pg tadi buat survey .. dan lihat apa kata survey..



Kak Shid kata : makan sikit je... ( ok)
jgn makan tit bit - in between meal (ni selalu buat..keropok la...asam la)
makan ikut time - breakfast, lunch and dinner (bukan brunch ..breakfast + lunch)
kurangkan manis dalam makanan ( lebihkan manis dalam senyuman...)
kurangkan minum ais  (lemak tepu ooo...)

Sa'diah kata :  jgn makan kalau ngantuk (kalau perot dah keroncong...soghi la )
jgn makan kalau lapar (selalu time lapo la nak makan...kan..kan...kan) 

Kesimpulan nya ... mindset seseorang tu , kadar metabolisma seseorang dan diet yang di amalkan sejak awal lagi (dari kanak2 - bukan mula dari umur 40 thn baru dak amalkan diet yang sihat...)
Ni untuk saya.... amalan diet tu ada tapi tak konsisten je....
       

Isnin, April 12, 2010

Tips Kuruskan Badan


Apa pilihan anda. Nak kurus ke atau nak gemuk?

Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana (senang nye cakap). Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat (betul ke?).

1.Kurangkan makan nasi & makanan berlemak (boleh ke?). Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi (nak cuba lah ! ).

2.Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari (tak de masa...sibuk la) . Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang (ni lagi payah ).

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk (memang pun !). Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum (tau tak pe...).

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang (betul ! betul ! betul !).

Apa2pun saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

  1. Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam . Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  2. Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  3. Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  4. Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  5. Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  6. Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  7. Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  8. Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.
"Kurus atau gemuk di dahulukan, Kesihatan di utamakan"

Khamis, April 08, 2010

Tips Koleksi Barang Antik

Lama juga tak n3 blog ni , ni nak bg idea (jumpa masa surf internet)  camana nak kumpul barang antik
Ok , ni ade beberapa tips

  1. Teliti sebelum membeli, pastikan yang betul2 antik...jgn salah pilih...sebab ada yg ori dan ada yg tak ori....Yg tak ori tu brg baru tapi design dia antik...
  2. informasi....dptkan info dari kawan/majalah/internet pasal barang antik sebelum beli
  3. Tawar menawar sebelum beli...memang ada penjual barang antik ni akan letak harga yg tinggi tapi tawar lah pada harga yg berpatutan.
  4. Kualiti barang....perhatikan kualitinya....kalau barang tu tak ori dah tentu kualiti nya berbeza.
  5. Bandingkan harga....jgn terburu2 ,perlu buat perbandingan harga .... kan bagus kalau kita boleh dapat barang dengan harga murah dan berkualiti...


.

Isnin, Mac 29, 2010

Makanan Haram Gelapkan Hati

Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". (Hadis riwayat Bukhari)



Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia.


Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.

Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya.


Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama.


Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.


Rasulullah bersabda yang maksudnya: ?Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.?


Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.


Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.


Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?


Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani.


Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab.


Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan.


Rasulullah bersabda yang maksudnya: ?Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan?.


Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan.


Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian.


Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.

Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit.


Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.

Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan. Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan.


Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.

Selasa, Mac 23, 2010

Isu Semasa

Hampir setiap hari kita di hidangkan dengan logo halal palsu, ayam di sembelih secara tidak halal , kilang bihun di sebelah kandang babi, kilang membuat tahu yang kotor, makanan yang di campur dengan bahan yang tidak halal dan bermacam-macam lagi.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri menyarankan supaya umat Islam sensitif dengan produk-produk yang ada di pasaran seperti :



• Tiada Halal JAKIM / MALAYSIA
• Tidak Menghormati sensitiviti umat Islam
• Bukan buatan Malaysia
• Bukan Syarikat Islam/ Bumiputera
• Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
• Sijil Halal palsu / tidak di iktiraf / swasta
• Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
• Barangan tidak halal di campurkan dengan barangan halal.


Oleh itu mari kita bersama-sama 'pastinya halal' yang lebih di utamakan dalam kehidupan kita, Insyaallah akan berkat lah hidup kita....

Mari kita mulakan dengan menu sarapan pagi:

Secawan Kopi Radix

Roti Arab



Sambal Sardin
  

Sabtu, Mac 20, 2010

Kraftangan ku


Ni lah hasilnya.... fridge magnet ...yang tak dapat di mana2 kedai....hehehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More