Selasa, Jun 22, 2010

Kenapa Halal diwajibkan?

  • Makanan adalah sumber utama kehidupan manusia. Umat ISLAM adalah suatu umat yang telah disyari’atkan oleh ALLAH swt. dengan mewajibkan memakan dari sumber yang HALAALAN THOYYIBA... HALAL lagi baik.

  • Pencernaan dalam sistem tubuh badan manusia mengikut apa yang dimakan. Jika makanan itu HALAL maka terbitlah budipekerti yang mulia, dan jika sumber atau makanan itu HARAM maka terbitlah perangai-perangai keji yang dicela syarak

  • Disamping itu, selain daripada makanan peralatan luaran seperti kosmetik, dandanan diri, keperluan harian dan sebagainya juga merupakan barang kegunaan utama umat ISLAM. Adakah diyakini semuanya itu HALAL LAGI BAIK?

  • Al-Quran ketika berbicara tentang makanan, Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thoyyib iaitu yang lazat, baik dan menyihatkan. Malah al-Quran telah menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang memiliki zat seperti ikan, madu, buah-buahan, lemak dan minyak untuk dimakan oleh manusia. Pada prinsipnya sesuatu yang ada di alam nyata ini adalah halal untuk digunakan.

Firman Allah dalam surah al-Mu’minun ayat 19 yang bermaksud:


“Kemudian, Kami tumbuhkan kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.”

  • Seorang ulama besar, al-Harali berpendapat bahawa jenis makanan dan minuman sesungguhnya dapat mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental pemakannya. Justeru itu alasan al-Quran cukup kuat apabila ia mengharamkan arak, bangkai, darah dan daging khinzir kerana ia akan memberi kesan atau mudarat ke atas jiwa manusia.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

  • Sesuatu makanan yang dihalalkan oleh Islam sudah pasti ia akan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak akan membawa kemudaratan. Begitulah sebaliknya sesuatu yang diharam itu sudah tentu akan memudaratkan tubuh badan manusia.

  • Islam juga telah menetapkan bahawa sesuatu makanan yang dianggap halal tetapi cara mendapatkannya tidak halal adalah haram untuk dimakan.Sebagai contoh barang curi atau harta yang dirampas, makan harta anak yatim dan memakan harta benda yang diperoleh secara riba.

  • Rasulullah s.a.w. juga mengaitkan antara termakbulnya doa dengan makanan halal.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More