Selasa, Julai 07, 2009

Ikan Masam Manis Alami




Bahan

1) 1 ekor Ikan (bawal/siakap)

2) 1/2 labu bawang besar

3) 1 biji Cili hijau dan cili merah

4) 1 sudu besar sos tomato HPA

5) 1/2 cawan air

6) 3 sudu besar perencah alami

7) Serbuk kunyit sedikit

8) Garam sedikit

9) Minyak untuk menggoreng

Cara

Pertama sekali, kelar ikan supaya mudah masak rata apabila digoreng.

Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Perap seketika.

Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing.

Sementara itu potong bulat bawang besar dan hiris nipis cili merah dan cili hijau.

Setelah ikan garing, asingkan dan toskan minyaknya.

Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan masukkan perencah alami.

Masukkan 1/2 cawan air

Masukkan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan pula cili.

Kemudian, masukkan sos tomato .

Kacau hingga pecah minyak dan akhir sekali tuangkan sos keatas ikan tadi.

Hmmm....dah sedia untuk dihidang.

2 comments:

Anekatelekung berkata...

Nak tau tentang Perencah Alami?

Sebagai peganti kepada perencah ikan bakar yang kebanyakanya menggunakan plasma darah yang tidak halal.perencah alami di buat dengan penggunaan paling minimum bahan awet boleh dijadikan perencah serbaguna termasuk, nasi goreng, ikan dan daging bakar, mee udang, kotew goreng dan semua masakan sebagai perasa atau kuah. lazat dan sumber kesihatan kepada pengguna.

Anekatelekung berkata...

Bukan hanya sedap dan lazat tetapi jauh berkhasiat daripada sos-sos yang lain dipasaran. Ini adalah kerana sos tomato ini tidak menggunakan sebarang pewarna dan diproses terus dari buah tomato yang segar.

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More