Kismis memang senang nak dapat di mana-mana kedai , memang ramai yang tau penggunaan nya tapi kita tau tak tentang kismis dan khasiatnya ?
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan.
Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain.
Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa.
Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek.
Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya.
Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera
Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Kismis digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai anti-oksidan. Kismis baik untuk hati, memperbaiki sirkulasi, melawas pembuangan, memperbaiki keanjalan kulit dan meningkatkan memori. Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak.
Khamis, Julai 30, 2009
Kismis Untuk Minda
4:04 PTG
Anekatelekung
0 comments:
Catat Ulasan