Selasa, Disember 29, 2009

MADU LAGI....KEAJAIBAN MADU LEBAH

Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.” (QS. An-Nahl, 16:68) 1. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal. Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometris lain. 2. Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan madu dalam jumlah maksimum dengan menggunakan bahan yang paling sedikit. 3. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat. 4. Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antara lebah yang sukar untuk dipercayai. 5....

Khamis, Disember 24, 2009

Jamu mata...

ni MIL punye .... so jamu mate je la...

Rabu, Disember 23, 2009

Bercuti ...Balik Kampung...

Dah lama tak balik kampung saya kat Perak...best nya..3 hari 2 malam.Lunch kat rumah adik , tea kat rumah abang, dinner kat rumah kakak...yes! semuanya sponsored.he..he..he.Pegi Lumut shopping.. ingat nak ke Pangkor tapi tak sempat lak.Alamak gambar tak download lagi..tunggu !!!!!! nanti masukkan y...

Khamis, Disember 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada semua blogger. Semuga Allah ampunkan dosa , murahkan rezeki dan panjangkan umur kita...dan juga segala amalan di terima Allah untuk tahun lepas dan akan datang....amii...

Selasa, Disember 15, 2009

PEMAKANAN SIHAT

Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan) amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar. MENGAPA MADU DAN KURMA ? MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w: "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." "Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan". BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang...

Khamis, November 26, 2009

Resepi Nasi Udang

Dah lama tak masukkan resepi...sibuk la katakan (bukan sibuk ..menyibuk). Ni nak bagi satu resepi yang special dalam keluarga kami...Nasi Udang...Hari tu abang saya yang sulung datang rumah dan sempat demo Nasi Udang ni... Nasi Udang Bahan: 6 pot beras - di bersihkan dan toskan airnya 1 kilo udang besar 1 batang kulit kayu manis ] 2 kuntum bunga lawang ] 6 biji bunga cengkih ] 4 biji buah pelaga ] 1 sudu kecil serbuk jintan manis ]-- untuk menumis 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih ] 10 biji lada hitam - di tumbuk halus ] 1 biji bawang besar - di mayang halus ] 1 ulas bawang putih - di mayang halus ] 1 inci halia - di hiris ] 1 tin kecil tomato puree 1 cawan susu cair 2 sudu minyak sapi + sedikit minyak masak 1/4 gula kabung /melaka garam secukup rasa 8 pot air (bergantung pada...

Khamis, November 19, 2009

Koleksi gambar kulit siput

Ni gambar koleksi kulit siput milik arwah bapak.Bapak dulu ada buat sekolah siput gewang, sayang sekali tak ada sorang pun anak nya yang minat dengan kulit siput. Banyak hasil kerjatangan nya tak dapat nak di selamatkan. Sekarang ni timbul pulak minat dengan kulit siput....dulu bukan nya apa sebab sibuk belajar. Ingat nak cuba kumpul balik koleksi kulit siput ni , kalau boleh nak buat satu galeri satu hari nanti.....

Ahad, November 08, 2009

Petua membersihkan papan pemotong

Hanya gunakan lemon untuk membersihkan papan pemotong , tak susah k...

Ahad, Oktober 25, 2009

Tempat letak resepi

Cantik kan?....berguna jugak bahan terbuang ni.....

Khamis, Oktober 08, 2009

Buku yang wajib di miliki .....

Di antara kandungan buku :Cara Bertayamum Susunan Imam dan makmum Pergerakan Solat bagi orang sakit Cara Pemakaian Ihram Cara memandikan , mengkafankan dan mengebumikan jenazah dan lain-lain lagi Keistimewaan buku ini:Sebagai rujukan Sebagai hadiah Sebagai bahan fardhu ain, tazkirah, usrah dan halaqah Sebagai bacaan untuk seisi keluarga Jangan lepaskan peluang....sila dapatkan senaskah sekarang .....Penulis : Dato' Ismail Kamus : Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid Harga : Semenanjung M'sia - RM55.00 : Sabah / S'wak - RM57.00Jika berminat boleh hubungi:H/P : 0136362564 emel: jenaris2007@yahoo.com...

Roti Gulung Radix

Bahan: 8 keping roti 1 tin besar sardin HPA 1/2 ulas bawang besar 2 ulas bawang putih Sedikit tepung gandum di campur air (sebagai pelekat) Minyak untuk mengoreng Caranya 1.Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan sardin (kuah sardin masuk sedikit sahaja supaya tidak kering, kalau banyak nanti lembik) 2. Kukuskan roti 30 saat (supaya lembut) 3. Canaikan roti supaya nipis 4. Masukkan inti sardin dan gulung dan lekatkan dengan tepung yang di bancuh air tadi. 4. Goreng sehingga warna keperangan dan tos...

Rabu, September 30, 2009

Beraya di kampung. . . .

Menziarahi pusara, Kunjung mengunjung ,berjumpa sanak saudara , bermaaf maafan , nikmati juadah ... itulah yang meriah nya pada hari raya.. Gambar menarik di hari ra...

Hidangan di pagi raya

Maaf lama tak update blog, beraya sakan....ha nak share 2 resepi yang saya masak untuk pagi raya..memang setiap pagi raya resepi ni dah jadi kelaziman SAMBAL KACANG AYAM ORGANIK CEK YAM Bahan-bahan: 3 ekor ayam serbuk kunyit 3 senduk cili giling garam gula asam jawa sekati kacang tanah ( digoreng dan di tumbuk) Minyak untuk menumis Bahan A – di kisar halus 4 labu bawang besar 1 ½ labu bawang putih 2 inci halia 1 inci lengkuas 3 biji buah keras 6 batang serai Bahan B – di goreng tanpa minyak dan di tumbuk halus 2 ½ sudu besar jintan manis 2 ½ sudu besar jintan putih Cara Memasak 1. Tumis bahan A + cili giling sehingga naik bau, masukkan...

Khamis, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

...

Jumaat, September 11, 2009

Stevia

INFO: Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay. Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana. Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Uniknya,...

Khamis, Ogos 27, 2009

Kicap Lemak Manis dan Lemak Masin

Alhamdulillah HPA tlah keluarkan kicap ....boleh di beli di mana-mana cawangan HPA.InsyaAllah dengan keluarnya kicap lemak manis dan lemak masin ini akan bertambah lagi produk halal untuk kita...

Ayam Masak Kicap HPA

Bahan-bahan ( 1-2 orang ) 1/2  ekor ayam organik HPA garam kunyit secukupnya minyak untuk menggoreng 1 biji bawang besar -hiris nipis 3 ulas bawang putih- mayang 1/2 inci halia- tumbuk kasar kicap pekat manis HPA secukupnya 1-2 biji merah 1-2 batang cili hijau Kentang goreng di potong macam wedges Sos lada hitam Cara-cara Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau. Kemudian masukkan kicap ,...

Selasa, Ogos 11, 2009

Khasiat Madu Lebah(A’SAL)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim...

Khamis, Julai 30, 2009

Roselle untuk demam panas dan selsema

Info tentang Roselle yang mungkin ramai yang tak tau....Nama saintifik Roselle adalah Hibiscus sabdariffa L, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C melebihi dari yang terdapat dalam keluarga Limau (citrus).Kelebihan pengambilan kordial Roselle ini ialah:1. Anti penuaan.2. Pencegah penyakit cardiavaskular.3. Pencegahan Kanser4. Demam panas/ selsema5. Resdung (alergi) & Athma (lelah)6. Stress @ sukar tidur (Insomn...

Kismis Untuk Minda

Kismis memang senang nak dapat di mana-mana kedai , memang ramai yang tau penggunaan nya tapi kita tau tak tentang kismis dan khasiatnya ?Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya..Sebanyak...

Sabtu, Julai 11, 2009

HPA sebagai Hadiah Persahabatan Anda

Produk HPA juga boleh dijadikan hadiah , buah tangan, hamper hari raya , hantaran pertunangan atau perkahwinan Hamper Makanan 1 - Radix Kopi (15 Sachet)1 - Radix Kola (1.5 Liter)1 - Radix Cookies (210 gram)1 - Kismis Minda (250 gram)1 - Kicap 1 - Sos Cili1 - Rempah Kari1 - PembungkusanHamper Kegunaan Harian1 - Wahdah1 - Ubat gigi herba1 - Berus gigi kasturi1 - Orange Wash1 - Bedak Talkum1 - Sabun Susu Kambing1 - PembungkusanUntuk Tempahan :Hubungi 0136362...

Selasa, Julai 07, 2009

Ikan Masam Manis Alami

Bahan1) 1 ekor Ikan (bawal/siakap)2) 1/2 labu bawang besar 3) 1 biji Cili hijau dan cili merah 4) 1 sudu besar sos tomato HPA5) 1/2 cawan air6) 3 sudu besar perencah alami7) Serbuk kunyit sedikit8) Garam sedikit9) Minyak untuk menggoreng CaraPertama sekali, kelar ikan supaya mudah masak rata apabila digoreng. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Perap seketika.Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing. Sementara itu potong bulat bawang besar dan hiris nipis cili merah dan cili hijau. Setelah ikan garing, asingkan dan toskan minyaknya.Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan masukkan perencah alami.Masukkan...

Selasa, Jun 30, 2009

Selingan jap...My Collection

...

Khamis, Jun 18, 2009

Radix FLOAT

Bahan 1 gelas Radix Sarsi 2 sudu besar ais krim toyyibah perasa vanila ( kalau nak lebih aiskrim pun boleh) Cara Tuangkan Radix Sarsi kedalam gelas Masukkan aiskrim toyibbah ke dalam gelas tadi Sedap ...

Ahad, Jun 07, 2009

Ayam Goreng Radix

Bahan 1 ekor ayam organik HPA 2 biji putih telur sahaja Tepung goreng RFC1 kg minyak untuk deep-fryCara 1. Ayam dipotong ikut sesuai. Basuhkan dengan tepung . 2. Bilas bersih dan toskan sehingga kering.3. Pukul sikit putih telur dan gaulkan dengan ayam. 4. Taburkan tepung goreng RFC pada ketulan ayam dan golekkan sekata. 5. Panaskan minyak dan masukkan ayam. 6. Goreng dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Balikkan ayam mengikut kesesuaian.7. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak dalam tapisan. Cuba lah......

Salad Buah-Buahan Toyibbah

Bahan: 2 biji epal hijau 2 biji epal merah 2 biji mangga (yg masak tapi keras) 1 biji betik exotica 1 tin nenas kiub anggur merah dan hijau kismis hitam dan kuning 3 cawan ice-cream Toyibbah perasa vanilla Cara: 1. Potong dadu semua bahan yang besar. 2. Gaul rata bersama ice cream semua bahan2 ini. 3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan Enak nya di musim panas ni.... Kalau malas nak potong buah-buahan di atas beli aje fruit cocktail , tapi masukkan separuh je jus cocktail ....hmmmmm...memang se...

Pages 231234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More