Isnin, Januari 09, 2012

Sapa nak cuba ... memang sedap

  Lapis Sandwich Special

Bahan:

4 biji telur
2 batang karot
2 tin besar kacang dalam sos tomato
1 tin sederhana besar sardin
2 buku roti Gardenia
Marjerin / Mentega
Mayonise
Secubit garam dan perahan air limau nipis

Caranya:

Telur di rebus dan di lecek,kemudian di campurkan dengan 1-5 sudu mayonise.
Sardin di lecek dan dicampurkan sedikit garam , perahan air limau nipis dan 1-5 sudu kecil mayonise
Kacang  juga di lecek tetapi jangan diambil kuah tomatonya.
Susun 5 keping roti dan disapukan marjerin(tidak terlalu tebal) di setiap permukaan kecuali  atas dan bawah.
Pada lapisan pertama sapukan adunan telur rebus,karot di lapisan kedua,sardin di lapisan ketiga dan kacang panggang di lapisan keempat
Susun kembali di dalam plastik roti dan tekan supaya mampat.
Simpan di dalam peti sejuk.Untuk hidangan,keluarkan dan potonglah mengikut ketebalan yang sesuai.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More