Khamis, Ogos 30, 2012

Udang Masak Malabari


Bahan-bahan :

600 g Udang Besar
1 sudu teh jintan manis }
1 sudu teh jintan putih  }  di tumbuk halus
kerisik
10 tangkai cili kering  }
2 biji bawang besar     } di kisar
Air asam jawa secukup nya
Bunga lawang dan kulit kayu manis - untuk menumis
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Caranya :

  1. panaskan minyak, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis.
  2. masukkan cili kering + bawang + jintan manis dan jintan putih yang di kisar dan tumis hingga naik bau
  3. masukkan sedikit gula , garam dan air asam jawa.
  4. masukkan udang , masak seketika dan masukkan kerisik
  5. masak sehingga agak kering sedikit (mcm rendang)
  6. hidangkan bersama nasi  ....

Isnin, Januari 09, 2012

Sapa nak cuba ... memang sedap

  Lapis Sandwich Special

Bahan:

4 biji telur
2 batang karot
2 tin besar kacang dalam sos tomato
1 tin sederhana besar sardin
2 buku roti Gardenia
Marjerin / Mentega
Mayonise
Secubit garam dan perahan air limau nipis

Caranya:

Telur di rebus dan di lecek,kemudian di campurkan dengan 1-5 sudu mayonise.
Sardin di lecek dan dicampurkan sedikit garam , perahan air limau nipis dan 1-5 sudu kecil mayonise
Kacang  juga di lecek tetapi jangan diambil kuah tomatonya.
Susun 5 keping roti dan disapukan marjerin(tidak terlalu tebal) di setiap permukaan kecuali  atas dan bawah.
Pada lapisan pertama sapukan adunan telur rebus,karot di lapisan kedua,sardin di lapisan ketiga dan kacang panggang di lapisan keempat
Susun kembali di dalam plastik roti dan tekan supaya mampat.
Simpan di dalam peti sejuk.Untuk hidangan,keluarkan dan potonglah mengikut ketebalan yang sesuai.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More