Rabu, September 22, 2010
Selasa, September 21, 2010
Exam....Open house.......Kursus ...Kenduri Kawen

Ari ni my youngest son UPSR (Best Of Luck to Nazri)
, pastu saturday ni pulak open house, kenduri and kursus haji (tgh tunggu tarikh flight ) ...puh.. pack betul, my family pun akan turun ke KL best nye sebab tahun ni tak balik raya kat Perak (since they are coming here)
Jumaat, September 17, 2010
Masakan wajib tuk raya ....Daging Palembang

Ha ni dia juadah yg mesti ada pada hari raya ... kalau dtg rumah Cik Yam mesti cari ni punya ....
resepi nya kat sini
Isnin, Ogos 23, 2010
Tawaran hebat ! ! ! !

Salam pada semua , ...tup...tup...tup dah hampir separuh Ramadhan berlalu , tak lama je lagi dah nak habis offer dari Allah...., hanya Allah je yg tau kita masih ada pd Ramadhan yg akan datang so jgn lepaskan peluang ni ...
Khamis, Ogos 19, 2010
Selasa, Ogos 10, 2010
Khamis, Julai 22, 2010
Ramadhan menjelma lagi ... Ingat mengingati

Selepas bulan Sya'ban apa yang selalu kita tunggu-tunggu...puasa pastu raya, biasanya persiapan raya yang lebih di utamakan ...sale sana sale sini, jadi bulan Ramadhan tu kita habiskan dengan persiapan nak raya. Apa kata kita ubah sikit minda kita ... kita berlumba-lumba siapkan diri untuk bulan Ramadhan, raya tu buat ala kadar je... lagipun puasa kita tu yang akan dapat pahala berganda-ganda , raya tu setakat enjoy je (ada pahala tapi byk lg masa Ramadhan)...betul tak? so marilah kita saling ingat mengingati....
Sebelum Ramadhan
Sebelum memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan
diantaranya:
i. Berdoa kepada Allah agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan.
ii. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari
dosa dan perbuatan maksiat.
iii. Mempersiapkan diri dengan banyak beramal sholeh pada bulan saya'ban
terutama sekali puasa.
iv. Berusaha untuk tafaqquh ( memahami ) hukum-hukum berkaitan dengan
shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum
memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya,
pembatal-pembatalnya.
v. Mempersiapkan acara-acara ( kegiatan ) dalam mengisi bulan Ramadhan.
qira'atul Qur'an,mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, acara buka puasa bersama, umrah Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh.
Semasa Ramadhan
i. Seseorang yang dalam keadaan junub tetap harus berniat puasa,
meskipun ia mandi janabah setelah terbit fajar ( Shubuh ).
ii. Wanita yang suci dari haidh sebelum fajar tiba ( bulan Ramadhan ),
maka wajib berpuasa walaupun ia mandi besar setelah terbit fajar.
iii. Seseorang yang sedang berpuasa dibolehkan mencabut gigi, mengouati
luka atau menggunakan obat titisan mata/telinga ( eye / ear dtrops ).
iv. Diperbolehkan bagi yang sedang berpuasa untuk menggosok gigi baik
diwaktu pagi mahupun siang hari, bahkan itu termasuk sunnah nabi.
v. Untuk mengurangi rasa panas dan dahaga diperbolehkan
membasahi kepala dengan air dingin.
vi. Bagi penderita sesak nafas meskipun sedang berpuasa diperbolehkan
menyembur mulut dengan sesuatu ( berupa udara/gas ) yang dapat melonggarkan
pernafasan.
vii. Orang yang sedang berpuasa diperbolehkan membasahi bibir dengan air
bila terasa kering dan juga diperbolehkan berkumur-kumur namun dengan
syarat tidak tertelan.
viii. Disunnahkan mengakhirkan sahur ( melambat-lambatkan ) hingga
menjelang fajar dan segera berbuka setelah matahari terbenam ( Maghrib ).
Diutamakan berbuka dengan kurma rutab ( hampir masak ), jika tidak ada
rutab dengan kurma masak, dan jika tidak ada boleh berbuka denga apa saja
yang halal atau cukup dengan minum air apabila tidak menjumpai makanan.
ix Orang yang sedang berpuasa sangat dianjurkan untuk
memperbanyak amalan sunnah, seperti sholat sunnah, membaca Al Qur'an,
berzikir dan bersedekah.
x Bagi yang sedang berpuasa tetap diharuskan menjaga dan mengamalkan
kewajipan-kewajipan yang lain serta menjauhi perbuatan-perbuatan haram.
Hendaklah ia menjaga sholat lima waktu dengan menjalankan tepat pada
waktunya dan dengan berjemaah di masjid bagi kaum lelaki.
xi. Hendaknya selalu menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan tercela
yang dapat menghapus pahala puasa seperti: berdusta, berbuat curang,
menipu, riba, berbicara yang haram dan sebagainya.

Rabu, Jun 30, 2010
Selasa, Jun 22, 2010
Kenapa Halal diwajibkan?

- Makanan adalah sumber utama kehidupan manusia. Umat ISLAM adalah suatu umat yang telah disyari’atkan oleh ALLAH swt. dengan mewajibkan memakan dari sumber yang HALAALAN THOYYIBA... HALAL lagi baik.
- Pencernaan dalam sistem tubuh badan manusia mengikut apa yang dimakan. Jika makanan itu HALAL maka terbitlah budipekerti yang mulia, dan jika sumber atau makanan itu HARAM maka terbitlah perangai-perangai keji yang dicela syarak
- Disamping itu, selain daripada makanan peralatan luaran seperti kosmetik, dandanan diri, keperluan harian dan sebagainya juga merupakan barang kegunaan utama umat ISLAM. Adakah diyakini semuanya itu HALAL LAGI BAIK?
- Al-Quran ketika berbicara tentang makanan, Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thoyyib iaitu yang lazat, baik dan menyihatkan. Malah al-Quran telah menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang memiliki zat seperti ikan, madu, buah-buahan, lemak dan minyak untuk dimakan oleh manusia. Pada prinsipnya sesuatu yang ada di alam nyata ini adalah halal untuk digunakan.
Firman Allah dalam surah al-Mu’minun ayat 19 yang bermaksud:
“Kemudian, Kami tumbuhkan kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.”
- Seorang ulama besar, al-Harali berpendapat bahawa jenis makanan dan minuman sesungguhnya dapat mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental pemakannya. Justeru itu alasan al-Quran cukup kuat apabila ia mengharamkan arak, bangkai, darah dan daging khinzir kerana ia akan memberi kesan atau mudarat ke atas jiwa manusia.
Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
- Sesuatu makanan yang dihalalkan oleh Islam sudah pasti ia akan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak akan membawa kemudaratan. Begitulah sebaliknya sesuatu yang diharam itu sudah tentu akan memudaratkan tubuh badan manusia.
- Islam juga telah menetapkan bahawa sesuatu makanan yang dianggap halal tetapi cara mendapatkannya tidak halal adalah haram untuk dimakan.Sebagai contoh barang curi atau harta yang dirampas, makan harta anak yatim dan memakan harta benda yang diperoleh secara riba.
- Rasulullah s.a.w. juga mengaitkan antara termakbulnya doa dengan makanan halal.
Selasa, Jun 15, 2010
Buku Kembara Hati di Tanah Suci

Ustaz Ghazali Ibrahim adalah adik kepada arwah Ustaz Asri Rabbani.
Buku ini amat sesuai kepada jemaah yang akan menunaikan Haji atau Umrah.
Pengalaman yang ada dalam buku ini boleh di jadikan panduan dan pedoman kepada jemaah yang pertama kali ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Rabu, Mei 26, 2010
Kisah Mee segera

Sumber: Sinar Harian
GEORGETOWN – Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.
Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.
“Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan.
“Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan.
Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera.
Oleh itu elakkan lah memakan mee segera kerana banyak lagi makanan yang tidak memudaratkan kita....
Rabu, Mei 19, 2010
Musim Panas

Lama tak update blog ni ye ... ni ade sikit petua tuk cuaca kering ni...
Sakit kerongkong dalam cuaca panas tidak sama dengan sakit ketika musim lembab. Sedapnya dpt minum air Roselle.

Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dengan tambahan herba yang bersifat masam seperti Jus Asam Jawa
Jumaat, Mei 07, 2010
Resepi Hidup Sihat

Sekarang ni ada je berita kematian yang mengejut ... muda lagi dah meninggal, kesian isteri dan anak2 dia .... kemalangan tu biasa la tapi ... semalam kita jumpa dia sehat je ..tup...tup...pagi ni dengar dah meninggal. Pernah berlaku kat saya baru2 ni , masa tu kenduri anak buah dia bertunang, kebetulan kakak pun kenalkan dia pada saya.... oghang nye muda dan sihat .... aleh2 dapat berita dia meninggal esoknye...Ya Allah ! hanya Dia lah yang menentukan ajal hambaNya ...
Sebab tu la nak ingatkan untuk saya dan juga semua , jaga lah kesihatan ..... apakah makna hidup senang kalau banyak penyakit yang menyerang...
• Nikmati pelbagai jenis makanan mengikut keperluan
• Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan
• Pilih makanan yang kaya dengan bijirin dan kekacang
• Kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.
• Banyakkan minum air kosong
Di antara makanan yang berkhasiat
Oat: Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu menyamai tenaga pembinaan otot-otot.
Kismis Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan