Jumaat, April 23, 2010

Menu tengahari semalam ....

Jemu jugak makan lauk kedai .... ape nak buat kekadang tak sempat nak masak bukan nya ape.
Masak ayam masak kicap lada hitam dan sambal tumis udang... huh berselera anak2 makan...

Rabu, April 21, 2010

Gaya Hidup Sihat


Diet yang mudah di amalkan dan senang di perolehi di sini klik

Sabtu, April 17, 2010

Apa itu diet ?

 Orang selalu kata ' I diet la... tak nak makan' ..salah tu ... diet tu bukan tak makan lansung ...tapi makan la ikut time dan dalam kuantiti yang sikit je....


Yang pastinya , hargailah badan dan kesihatan kita. Jangan terlalu ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan tentang kesihatan dan lain lain faktor.



Jgn terlalu stress dan setiap hari hanya memikirkan bagaimana untuk menguruskan badan dan asyik sering dok menimbang berat badan, maka berat badan juga akan lambat turun.

Jadi amalkan pemakanan yang sehat.


Dibawah ni cuba di perturunkan beberapa langkah yang agak senang dan memang sehat .Cuma bila saya bgtau cara cara ni, kengkadang sesetengah tu berkata , tak dapat nak lakukan……hmmmm (tepuk dada tanya diri.... lu fikir la sendiri ! ! ! !)


  1. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  2. Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.
  3. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  4. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  5. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  6. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan
  7. Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.
  8. Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.

Rabu, April 14, 2010

Sambungan tips kuruskan badan

Cakap pasal kurus ni ... hmmm senang tapi susah jugak. Pg tadi buat survey .. dan lihat apa kata survey..



Kak Shid kata : makan sikit je... ( ok)
jgn makan tit bit - in between meal (ni selalu buat..keropok la...asam la)
makan ikut time - breakfast, lunch and dinner (bukan brunch ..breakfast + lunch)
kurangkan manis dalam makanan ( lebihkan manis dalam senyuman...)
kurangkan minum ais  (lemak tepu ooo...)

Sa'diah kata :  jgn makan kalau ngantuk (kalau perot dah keroncong...soghi la )
jgn makan kalau lapar (selalu time lapo la nak makan...kan..kan...kan) 

Kesimpulan nya ... mindset seseorang tu , kadar metabolisma seseorang dan diet yang di amalkan sejak awal lagi (dari kanak2 - bukan mula dari umur 40 thn baru dak amalkan diet yang sihat...)
Ni untuk saya.... amalan diet tu ada tapi tak konsisten je....
       

Isnin, April 12, 2010

Tips Kuruskan Badan


Apa pilihan anda. Nak kurus ke atau nak gemuk?

Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana (senang nye cakap). Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat (betul ke?).

1.Kurangkan makan nasi & makanan berlemak (boleh ke?). Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi (nak cuba lah ! ).

2.Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari (tak de masa...sibuk la) . Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang (ni lagi payah ).

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk (memang pun !). Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum (tau tak pe...).

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang (betul ! betul ! betul !).

Apa2pun saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

  1. Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam . Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  2. Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  3. Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  4. Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  5. Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  6. Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  7. Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  8. Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.
"Kurus atau gemuk di dahulukan, Kesihatan di utamakan"

Khamis, April 08, 2010

Tips Koleksi Barang Antik

Lama juga tak n3 blog ni , ni nak bg idea (jumpa masa surf internet)  camana nak kumpul barang antik
Ok , ni ade beberapa tips

  1. Teliti sebelum membeli, pastikan yang betul2 antik...jgn salah pilih...sebab ada yg ori dan ada yg tak ori....Yg tak ori tu brg baru tapi design dia antik...
  2. informasi....dptkan info dari kawan/majalah/internet pasal barang antik sebelum beli
  3. Tawar menawar sebelum beli...memang ada penjual barang antik ni akan letak harga yg tinggi tapi tawar lah pada harga yg berpatutan.
  4. Kualiti barang....perhatikan kualitinya....kalau barang tu tak ori dah tentu kualiti nya berbeza.
  5. Bandingkan harga....jgn terburu2 ,perlu buat perbandingan harga .... kan bagus kalau kita boleh dapat barang dengan harga murah dan berkualiti...


.

Isnin, Mac 29, 2010

Makanan Haram Gelapkan Hati

Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". (Hadis riwayat Bukhari)



Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia.


Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.

Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya.


Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama.


Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.


Rasulullah bersabda yang maksudnya: ?Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.?


Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.


Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.


Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?


Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani.


Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab.


Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan.


Rasulullah bersabda yang maksudnya: ?Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan?.


Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan.


Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian.


Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.

Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit.


Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.

Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan. Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan.


Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.

Selasa, Mac 23, 2010

Isu Semasa

Hampir setiap hari kita di hidangkan dengan logo halal palsu, ayam di sembelih secara tidak halal , kilang bihun di sebelah kandang babi, kilang membuat tahu yang kotor, makanan yang di campur dengan bahan yang tidak halal dan bermacam-macam lagi.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri menyarankan supaya umat Islam sensitif dengan produk-produk yang ada di pasaran seperti :



• Tiada Halal JAKIM / MALAYSIA
• Tidak Menghormati sensitiviti umat Islam
• Bukan buatan Malaysia
• Bukan Syarikat Islam/ Bumiputera
• Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
• Sijil Halal palsu / tidak di iktiraf / swasta
• Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
• Barangan tidak halal di campurkan dengan barangan halal.


Oleh itu mari kita bersama-sama 'pastinya halal' yang lebih di utamakan dalam kehidupan kita, Insyaallah akan berkat lah hidup kita....

Mari kita mulakan dengan menu sarapan pagi:

Secawan Kopi Radix

Roti Arab



Sambal Sardin
  

Sabtu, Mac 20, 2010

Kraftangan ku


Ni lah hasilnya.... fridge magnet ...yang tak dapat di mana2 kedai....hehehe

Selasa, Mac 16, 2010

Tahu kah Anda ?

Habbatus Sauda’ merupakan sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Ia mengeluarkan bunga berwarna biru atau putih dimana didalamnya terdapat biji Habbatus Sauda'. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun.



Di dalam bahasa Arab ia dipanggil Habbatus Sauda, bahasa Inggeris dipanggil Black Seed, dalam bahasa Melayu ia dikenali sebagai Jintan Hitam manakala bahasa saintifiknya dipanggil Nigella Sativa.



Habbatus Sauda merupakan antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa singkat tanpa mendatangkan kesan sampingan. Ia juga dapat menguatkan antibodi yang sedia ada dalam tubuh badan.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati "
( Hadis riwayat Bukhari )

Jumaat, Mac 12, 2010

Indahnya hidup ini

Baru 2  hari gi kursus ... banyak lak kerja dah tunggu...Best nya rupanya kursus tu Ustaz Zamri ( Juri Akademi Al Quran) yang handle....Alhamdulillah dapat tambah ilmu lg.Kita ni kan ,sentiasa kene di ingatkan kalau tak melayu mudah lupa ... refresh balik bende2 yang kita ambik mudah je mcam mengumpat  (tau salah tapi seronok di amalkan)...contoh...contoh je (guna ayat penceramah smlm).


Cuba hayati senikata lagu ni dan kaitkan dengan Allah ( Ni lagu kumpulan UK's)


Bila Diri Disayangi



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


( korus )


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu


Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Selasa, Mac 09, 2010

Persatuan Penguna Islam Malaysia Menggesa Supaya Umat Islam SENSITIF

Selasa, Mac 02, 2010

Musim Panas

Panas nye.... bayangkan ...


buah tembikai yang merah , juicy dan manis ..... mm..mm...mmmm

Tahukah anda kelebihan buah tembikai?


  • Mengandungi Antioksidan seperti vitamin A dan C , mencegah kerosakan sel

  • Kaya dengan Potassium serta mengawal tekanan darah .

  • Mencegah kanser

  • Tiada lemak dan rendah kalori, makanan yang sesuai untuk mengurangkan berat badan

  • Tembikai dapat menghilangkan dahaga dan sekaligus menghindar kekurangan air dalam badan

  • Dapat mengurangkan berat badan dengan kandungan fiber yang terdapat didalamnya juga mengawal kencing manis serta serangan jantung...

Jumaat, Februari 26, 2010

Terengganu oh Terengganu

Hari tu pegi Terengganu .... nak tau tak? bukan kain batik yang dicari tapi ....
ni yang dapat.....
mulanye nak share dgn kakak lastnya dua2 saya dapat !...he..he..he best nye.....

Isnin, Februari 08, 2010

Sotong Goreng Ranggup RFC


Bahannya:

4 ekor sotong yang saiz besar
6 sudu besar Tepung Goreng RFC
1 cawan minyak ( untuk menggoreng)

Caranya:

Sotong di bersihkan dan di potong bulat.
Siram sotong dgn air panas dan di toskan
Golekkan sotong kedalam tepung RFC dan goreng sehingga garing.
Enak dimakan bersama sos cili thai

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More