Isnin, Mei 16, 2011

Khas untuk ibu2 ....kuih tradisional yang cantik tertarik .... sedap dengan teh tarik

Nak share satu resepi yang jarang kita jumpe ....

LEPAT LIAT

 Bahan A:
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan - saya lebihkan untuk aroma

Bahan B:
500 gm tepung pulut
Daun pisang, secukupnya
Sedikit minyak, untuk lenser daun pisang
Bahan C - Inti:
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam

Cara Menyediakannya:
1. Satukan A, masak hingga gula larut, sejukkan.
2. Masukkan tepung pulut dalam mangkuk.
3. Tuang A sedikit demi sedikit hingga habis ke dalam tepung sambil digaul sebati (adunan ni memang lembik).
4. Gaul C.
5. Ambil sehelai daun pisang, lenserkan dengan sedikit minyak.  Letakkan anggaran 1 sudu besar adunan tepung (adunan akan merebak, jadi kena control sikit cara pegang).
6. Letakkan sedikit C ditengah-tengah adunan kemudian lipat kemas.
7. Bila siap semua, kukus selama lebih kurang 10 minit.
8. Hidangkan.

wannek memang pakar buat lepat liat ni ....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More