Teman memang dah lama jatuh cinta dgn barang antik ni ..... bila tgk blog kekawan yg ada barang antik ...huh ...jelesnya.. ni tgh nak cuba kumpul sikit2
Ni nak kongsi petua yg teman jumpa pasal brg antik ni...
Diantara Tips Koleksi Barang Antik
- Teliti sebelum membeli . Jangan beli je terus! Ingat, ada aneka koleksi barang yang benar-benar antik, ada barang repro (reproduksi) dan ada barang yang dibuat sedemikian rupa sehingga tampak sangat antik...dalam ertikata lain dapatkan yg ori gitu ...
- Cari maklumat sebelum membeli barang-barang antik itu.
- Menawar sebelum membeli. Teknik yang satu ini sangat diperlukan. Bila Anda sudah menentukan pilihan Anda, janganlah lupa menawar harga. Bukalah tawaran Anda dengan setengah harga dari harga aslinya. Terkadang penjual benda antik membuka harga dua kali lipat dari harga aslinya. Setelah itu barulah menaikkan harga sedikit demi sedikit hingga mendapatkan harga yang sesuai.
- Perhatikan kualiti barang. Barang antik yang murah belum tentu bagus kualitinya. Begitu juga sebaliknya, barang yang mahal belum tentu berkualiti.
- Bandingkan harga. Dalam memilih barang antik dan unik, Anda tak boleh terburu-buru untuk segera membeli barang antik tersebut. Carilah barang yang sama di tempat lain dan bandingkan harganya.