Ahad, Disember 18, 2011

Tanggal 26 Nov, 2011

pelamin dan hantaran perkahwinan anak perempuan kami

baju waktu nikah
di bawah : hantaran sebelah perempuan







hantaran sebelah lelaki







Sabtu, Disember 03, 2011

Jamuan Pot luck


Jumaat, Ogos 26, 2011

Raya....

Selasa, Ogos 16, 2011

Jom cuba

Janji nak bagi resepi tuk berbuka tapi ....... : (
nak buat camna ... semua nya beli je
K takpe2 bagi resepi kuih raya je la ..... turun temurun from my mom



SAMPERIT KOKO

Bahan:

1 kati tepung ubi
8 oz gula icing
8 oz majerin
11/2 oz serbuk koko
3 biji telur

Cara:

Campurkan tepung ubi ,gula,koko dan ayak sekali dan gaul rata.
Masukkan majerin dan ratakan sehingga menjadi breadcrumbs (macam nak buat pastry)
Pukul telur dan masukkan kedalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga menjadi doh.
Tekan dalam acuan samprit dan bakar .

Khamis, Ogos 04, 2011

Halallan Toyibbah ...

Mencari yang halal itu fardhu , jadi ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik dan semua tukang masak tak kira la dimana mereka berada ... pastikan bahan-bahan yang di gunakan adalah halal dan toyibbah ...halal lagi suci.
Semalam keluar berita produk masakan yang telah di sahkan mengandungi dna ???? , setelah puluhan tahun dan dah sebati dengan dalam badan baru la tahu ada kandungan ???? Astaghfirullahhal'azim.......tak tau nak kate ape lagi dah ... lu fikir la sendiri ....

Rabu, Ogos 03, 2011

Salam Ramadhan

Dah lame beno tak update blog ni ye .... alamak da bersawang pun he he he....

Apa pun nak ucapkan ' SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA'
Semuga puasa kali ini lebih bermakna ....

nak cari resepi  untuk berbuka ? ...tungguuuu......

Isnin, Mei 16, 2011

Khas untuk ibu2 ....kuih tradisional yang cantik tertarik .... sedap dengan teh tarik

Nak share satu resepi yang jarang kita jumpe ....

LEPAT LIAT

 Bahan A:
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan - saya lebihkan untuk aroma

Bahan B:
500 gm tepung pulut
Daun pisang, secukupnya
Sedikit minyak, untuk lenser daun pisang
Bahan C - Inti:
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam

Cara Menyediakannya:
1. Satukan A, masak hingga gula larut, sejukkan.
2. Masukkan tepung pulut dalam mangkuk.
3. Tuang A sedikit demi sedikit hingga habis ke dalam tepung sambil digaul sebati (adunan ni memang lembik).
4. Gaul C.
5. Ambil sehelai daun pisang, lenserkan dengan sedikit minyak.  Letakkan anggaran 1 sudu besar adunan tepung (adunan akan merebak, jadi kena control sikit cara pegang).
6. Letakkan sedikit C ditengah-tengah adunan kemudian lipat kemas.
7. Bila siap semua, kukus selama lebih kurang 10 minit.
8. Hidangkan.

wannek memang pakar buat lepat liat ni ....

Isnin, April 25, 2011

Jatuh Cinta Sekali Lagi ...

Teman memang dah lama jatuh cinta dgn  barang antik  ni ..... bila tgk blog kekawan yg ada barang antik ...huh ...jelesnya.. ni tgh nak cuba kumpul sikit2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Ni nak kongsi petua yg teman jumpa pasal brg antik ni...

 
Diantara Tips Koleksi Barang Antik

 

 
  1.  Teliti sebelum membeli . Jangan beli je terus! Ingat, ada aneka koleksi barang yang benar-benar antik, ada barang repro (reproduksi) dan ada barang yang dibuat sedemikian rupa sehingga tampak sangat antik...dalam ertikata lain dapatkan yg ori gitu ...
  2. Cari maklumat sebelum membeli barang-barang antik itu.
  3. Menawar sebelum membeli. Teknik yang satu ini sangat diperlukan. Bila Anda sudah menentukan pilihan Anda, janganlah lupa menawar harga. Bukalah tawaran Anda dengan setengah harga dari harga aslinya. Terkadang penjual benda antik membuka harga dua kali lipat dari harga aslinya. Setelah itu barulah menaikkan harga sedikit demi sedikit hingga mendapatkan harga yang sesuai. 
  4. Perhatikan kualiti barang. Barang antik yang murah belum tentu bagus kualitinya. Begitu juga sebaliknya, barang yang mahal belum tentu berkualiti.
  5. Bandingkan harga. Dalam memilih barang antik dan unik, Anda tak boleh terburu-buru untuk segera membeli barang antik tersebut. Carilah barang yang sama di tempat lain dan bandingkan harganya. 
  

Rabu, April 06, 2011

Resepi Hari ini ....

Dah lama tak update blog ni .... k trima lah resepi pilihan ..... resepi favourite ni



Puding Swiss Roll


Bahan-bahan nya ...

• 1 gulung swiss roll (perasa vanila)

• 1 tin buah campuran

• Beberapa kpg buah peach untuk hiasan

• 1 tin susu cair

• 1/2 gelas air

• 1 sudu teh esen vanila

• 3-4 sudu makan tepung kastard

• 2-3 sudu makan gula

Cara-cara nya ...

Potong swiss roll anggaran 1 in dan disusun didalam mangkuk besar. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah keatas swiss roll tadi. Lepas itu taburkan pula ½ tin buah-buahan keatas swiss roll tadi.

Untuk membuat kastard.....

Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanila dan kacau diatas api yg kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.

Kemudian curahkan adunan kastard tadi kedalam mangkuk swiss roll tadi, taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi keatas kastard. Kemudian susunkan buah peach mengikut citarasa anda. Sejukkan kedalam peti sejuk baru dihidangkan.

Isnin, Mac 21, 2011

Delicious and mabeles !!!!!


I like cupcake !!  tapi....nak makan ... uh tak boleh ...nanti bertambah beso pulak...so i love to see the deco.
Yg ni hasil dari my sis , Teha and Kauthar  for  my daughter engagement ... tq so much i love it ! sweet sangat2...

Rabu, Mac 09, 2011

Kenangan indah ....

ni  gambar mak sedara sebelah mak teman , panggilan Wannek . Masa ni attend majlis kawen cucu dia so sempat le bergambo...
Bukan senang nak bergambo dgn dia ... ni la kenangan yang manis bersama Wannek...

Jumaat, Mac 04, 2011

Pelbagai tart

Yang ni utk tayangan je....dari hasil kelas tart yang anak sedara attend , we all jadi tester he he he
Ermmm...delicious and marveles ...



Biskut tradisi famili ....


Eh ..kan raya lambat lg? ..... tiba2 ada biskut raya. Tapi ...biskut ni tak mesti je tuk raya kan...tuk hantaran pun bole....



 BISKUT PALA



Bahan:

1 biji telur ayam
12 oz tepung gandum
6 oz mentega
5 oz gula halus
1 peket halwa buah pala (di cincang halus)

Cara:

Gaul mentega dan gula, pecahkan telur,masukkan halwa buah pala dan akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Ambil sedikit adunan tadi dan di bentukkan memanjang dan di bungkus dengan plastik dan di simpan kedalam peti sejuk ditempat yang beku.

Apabila hendak dibakar ,keluarkan adunan tadi dan di potong lebih kurang 0.2 inci tebal nya dan dibakar.



Isnin, Februari 07, 2011

ABC Batu Laut


Ni la ABC dari Batu Laut murah je mmm.....sedap lak tu...
Tiap kali blk kampung mesti pekena ni...anak2 cukup suka...

Ahad, Januari 23, 2011

Bengkel Masakan....

Semalam buat bengkel masakan kat rumah my sister ...  nak test resepi dari kawan-kawan dari internet. 5 resepi sekaligus !!! enjoy  makan sampai dah tak larat nak habiskan...so masing2 tapau la...
Ni salah satu resepi untuk bengkel semalam

ROTI BERINTI SPESEL

Bahannya:

· Serbuk roti
· Telur
· Mayonis
· Cream cheese
· Lada sulah / lada hitam
· Ayam
· Bawang Besar hiris
· Cili Benggala potong dadu
· Daun salad
· Roti Gardenia jgn lupa..

Roti:

1. Lapiskan dua roti
2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..
3. Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti..
4. Celupkan dlm telur n serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.
5. Toskan.

Inti

1. Tumiskan bawang
2. Masukkan cili benggala
3. Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam
4. Masukkan mayonis & Cream cheese
5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..

Cara hidang:

1. Potong 2 roti yg telah digoreng (guna gunting cantik sikit)
2. Letakkan daun salad
3. Masukkan inti yg siap dimasak

Jeng,jeng,jeng,jeng,jeng .....jeng,jeng




Puding roti, sardin roll,roti berinti spesel,apam dot dot dan lasagna

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More