Isnin, Mac 29, 2010

Makanan Haram Gelapkan Hati

Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". (Hadis riwayat Bukhari)



Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia.


Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah terbilang.

Dalam tafsir Al-Azhar, Prof Hamka mengingatkan supaya manusia tetap mencari makanan dan mengatur makanan serta minumannya daripada sumber halal, bukannya daripada penipuan yang sering berlaku sama ada rasuah, curi atau dipaksa.

Meskipun makanan itu baik, unsur halal perlu dititikberatkan supaya kita dapat menjaga hati daripada dicemari makanan haram yang akan memberi kesan kepada keperibadian kita keseluruhannya.


Batas yang baik itu sudah tentu dapat dipertimbangkan akal fikiran manusia kerana makanan itu bukan saja halal, tetapi juga baik seperti faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam agama.


Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.


Rasulullah bersabda yang maksudnya: ?Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.?


Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.


Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.


Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?


Pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan. Pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang dan optimum dapat mengekalkan kesihatan jasmani.


Apabila tubuh kuat dan sihat, kita dapat melakukan pekerjaan atau rutin harian dengan sempurna sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Daripada bab memilih makanan yang baik, Islam juga menggariskan adab makan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengamalan seharian. Adab sebelum dan selepas makan, ketika makan dan adab makan bersama tetamu, semuanya digariskan Islam melambangkan kesyumulan dalam melahirkan generasi berkeperibadian mulia dan beradab.


Walaupun makanan bukan punca kepada segala penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu menjaga pemakanan lebih baik daripada mengubat penyakit disebabkan daripada pemakanan.


Rasulullah bersabda yang maksudnya: ?Kami adalah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan?.


Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang sesuai diamalkan dalam kehidupan di mana kita sering mengambil makanan mengikut nafsu dan bukannya makan mengikut keperluan.


Sebab itulah masyarakat selalu berhadapan masalah kesihatan berkaitan makanan seperti kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung. Pemakanan seimbang mengambil kira keperluan untuk tubuh, usia dan kegiatan harian.


Ibnu Sina di dalam Al Qanun Fi al-Tibb menyarankan kita mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut.

Berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman akan membawa kepada kesukaran penghadaman makanan oleh perut dan sistem ini akan ditimpa pelbagai penyakit.


Contohnya, kegemukan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti malas, tidak cergas dan tidak sempurna dalam pekerjaan. Kesannya lebih teruk jika penyakit itu melarat dan boleh membawa maut.

Namun perlu diingatkan, berlebihan dalam mengambil makanan dan minuman juga akan membawa kepada berbelanja yang lebih dan menyebabkan kepapaan. Sikap boros bukan satu sikap yang dipuji dalam Islam, malah ia adalah sikap syaitan.


Pemakanan sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan saja cemerlang kesihatannya bahkan cemerlang akhlak sahsiah, berperibadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.

Selasa, Mac 23, 2010

Isu Semasa

Hampir setiap hari kita di hidangkan dengan logo halal palsu, ayam di sembelih secara tidak halal , kilang bihun di sebelah kandang babi, kilang membuat tahu yang kotor, makanan yang di campur dengan bahan yang tidak halal dan bermacam-macam lagi.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri menyarankan supaya umat Islam sensitif dengan produk-produk yang ada di pasaran seperti :



• Tiada Halal JAKIM / MALAYSIA
• Tidak Menghormati sensitiviti umat Islam
• Bukan buatan Malaysia
• Bukan Syarikat Islam/ Bumiputera
• Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
• Sijil Halal palsu / tidak di iktiraf / swasta
• Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
• Barangan tidak halal di campurkan dengan barangan halal.


Oleh itu mari kita bersama-sama 'pastinya halal' yang lebih di utamakan dalam kehidupan kita, Insyaallah akan berkat lah hidup kita....

Mari kita mulakan dengan menu sarapan pagi:

Secawan Kopi Radix

Roti Arab



Sambal Sardin
  

Sabtu, Mac 20, 2010

Kraftangan ku


Ni lah hasilnya.... fridge magnet ...yang tak dapat di mana2 kedai....hehehe

Selasa, Mac 16, 2010

Tahu kah Anda ?

Habbatus Sauda’ merupakan sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Ia mengeluarkan bunga berwarna biru atau putih dimana didalamnya terdapat biji Habbatus Sauda'. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun.



Di dalam bahasa Arab ia dipanggil Habbatus Sauda, bahasa Inggeris dipanggil Black Seed, dalam bahasa Melayu ia dikenali sebagai Jintan Hitam manakala bahasa saintifiknya dipanggil Nigella Sativa.



Habbatus Sauda merupakan antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa singkat tanpa mendatangkan kesan sampingan. Ia juga dapat menguatkan antibodi yang sedia ada dalam tubuh badan.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati "
( Hadis riwayat Bukhari )

Jumaat, Mac 12, 2010

Indahnya hidup ini

Baru 2  hari gi kursus ... banyak lak kerja dah tunggu...Best nya rupanya kursus tu Ustaz Zamri ( Juri Akademi Al Quran) yang handle....Alhamdulillah dapat tambah ilmu lg.Kita ni kan ,sentiasa kene di ingatkan kalau tak melayu mudah lupa ... refresh balik bende2 yang kita ambik mudah je mcam mengumpat  (tau salah tapi seronok di amalkan)...contoh...contoh je (guna ayat penceramah smlm).


Cuba hayati senikata lagu ni dan kaitkan dengan Allah ( Ni lagu kumpulan UK's)


Bila Diri Disayangi



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


( korus )


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu


Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Selasa, Mac 09, 2010

Persatuan Penguna Islam Malaysia Menggesa Supaya Umat Islam SENSITIF

Selasa, Mac 02, 2010

Musim Panas

Panas nye.... bayangkan ...


buah tembikai yang merah , juicy dan manis ..... mm..mm...mmmm

Tahukah anda kelebihan buah tembikai?


  • Mengandungi Antioksidan seperti vitamin A dan C , mencegah kerosakan sel

  • Kaya dengan Potassium serta mengawal tekanan darah .

  • Mencegah kanser

  • Tiada lemak dan rendah kalori, makanan yang sesuai untuk mengurangkan berat badan

  • Tembikai dapat menghilangkan dahaga dan sekaligus menghindar kekurangan air dalam badan

  • Dapat mengurangkan berat badan dengan kandungan fiber yang terdapat didalamnya juga mengawal kencing manis serta serangan jantung...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More