Sabtu, Januari 30, 2010

Kacang tumbuk dan Bepang......


Dulu masa kecik2 suka sangat makan kacang tumbuk ngan bepang ( dah beso pun makan gak) halal ke tak tibai je , tapi yang ni lain dari yang lain. Bila makan dah tak risau nye confirm 100%  halal .....  Kalau dah rasa tentu suka... sesuai di jamu untuk tetamu , jamuan, kenduri ...bila2 masa pun boleh

Ahad, Januari 17, 2010

Nasi Ayam Enak












Dah lama tak n3 resepi kan? ok nak share resepi nasi ayam yang en...nak sangat dari ayam organik..Lain tau rasa ayam organik ni, isi nya pejal macam ayam kampung gitu tapi tak la keras...


Bahan-bahan ( 6-8 orang )


Untuk rebus
1 kg ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2sm halia yg diketuk


Untuk perap


1 sudu besar kicap pekat manis HPA
1 cm halia
2 ulas bawang putih
satu sudu besar madu asli HPA


Untuk nasi


5cwn beras
3 sudu besar minyak zaitun HPA
1cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.


Bahan sos


5biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
sedikit garam


Untuk sup


lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.


Cara-cara


Ayam dipotong ikut suka besarnya ..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak zaitun, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Isnin, Januari 11, 2010

Kenduri Kawen di Grand BlueWave Hotel Shah Alam










Isnin, Januari 04, 2010

LAGI KEGUNAAN MADU LEBAH....















Penawar jika dipatuk ular


Ramuannya;
bawang putih dan madu lebah.
Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.




Panawar racun dan sengatan binatang berbisa


Ramuannya;
madu lebah dan minyak sapi atau kambing.
Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.




Penawar gigitan anjing gila


Ramuannya;
daging siput dan madu lebah.
Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.
Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.




Penawar Sengat Tebuan


Gaul danSapu Madu, kapur sireh dan juga minyak but but.
bengkak surut cuma rasa gatal saja semasa proses peyembuhan.


Kalau ada kemudahan simpan lah madu, minyak but but dan kapur sireh dirumah utk kegunaan gigitan serangga yg tidak serius.
kalau serius kenalah ke rumah sakit.

Sabtu, Januari 02, 2010

Kenangan lalu .....



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More