Khamis, Disember 30, 2010

Sarapan pagi ... yang simple

nak makan ape ye pagi ni ...... Cereal Radix + Kopi Radix = sarapan pagi 'MAI SECAW...

Sabtu, Disember 18, 2010

Musim Hujan ....

Hujan-hujan best duduk kat rumah pastu di hidangkan dgn apam balik dan kopi O ...mmm...mmm ...mmuah ... APAM BALIK Bahan-bahan: 2 cawan tepung naik sendiri } diayak 1/4 cawan gula 1/2 sudu kecil soda bikarbonat sedikit pewarna kuning 1 biji telur 1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti) 1/2 sudu kecil baking powder 1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur 1 tin jagung krim - untuk ditabur 1 cawan gula - untuk ditabur sedikit mentega Cara membuat: Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning....

Rabu, Disember 15, 2010

Konvo Sarah (my daughter)

...

Apa kah syarat pakaian solat wanita?

Kebiasaan nya  kaum wanita akan memakai set kain putih yang digelar sebagai telekung setiap kali mereka bersolat sehinggakan dianggap bahawa telekung itu adalah jenis pakaian yang wajib bagi seorang wanita untuk mendirikan solat. " Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung " " Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya. " Jadi, syarat pakaian solat...

Khamis, Disember 09, 2010

Biar la memenuhi tuntutan syariat ..... Telekung Che' Zan

Keistimewaan jika memiliki telekung Che' Zan ni ....  kain nya tak jarang dan ada 2 lapisan di bahagian atas ia selesa dan mudah di pakai tak perlu ada anak telekung memenuhi tuntutan syariat sesuai untuk ibadah haji dan umrah dan hadiah untuk tersayang  berminat ? sms ke 0136362564 atau emel ke jenaris2007@yahoo.com.my...

Isnin, Disember 06, 2010

Maal Hijrah

Salam, Selamat menyambut Maal Hijrah.... ape ye azam tahun ni ? .... entah la , macam biasa kut ... jgn lupe baca doa akhir tahun dan awal tahun .....ingat tak ? 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama...

Rabu, September 29, 2010

Jemputan .... sebagai tetamu

Ya Allah , hamba bersyukur kerana aku dan suami telah di jemput sebagai tetamu mu .... hanya Allah saja lah yang tahu perasaan kami : gembira -  kerana telah terpilih takut     -  dugaan yang akan Allah berikan pada ku resah     -  dengan suasana di sana gelisah   -  dapatkah aku tempuhi semuanya dengan selamat risau      -  kaum keluarga yang akan di tinggalkan Insyaallah , semua urusan dan ibadah yang di lalui di permudahkan dan mendapat haji mabrur , berkat doa yang tidak putus-putus dari  kaum keluarga dan sahabat handai ..Aamiiiinnn...

Rabu, September 22, 2010

Coobaan ...

Ni lah hasilnya ....cobaan pertama buat pasembo...

Selasa, September 21, 2010

Exam....Open house.......Kursus ...Kenduri Kawen

Ari ni my youngest son UPSR (Best Of Luck to Nazri)      ,  pastu saturday ni pulak open house, kenduri and kursus haji (tgh tunggu tarikh flight ) ...puh.. pack betul, my family pun akan turun ke KL best nye sebab tahun ni tak balik raya kat Perak (since they are coming here...

Jumaat, September 17, 2010

Gambar masa raya

...

Masakan wajib tuk raya ....Daging Palembang

Ha ni dia juadah yg mesti ada pada hari raya ... kalau dtg rumah Cik Yam mesti cari ni punya .... resepi nya kat sini ...

Isnin, Ogos 23, 2010

Tawaran hebat ! ! ! !

Salam pada semua , ...tup...tup...tup dah hampir separuh Ramadhan berlalu , tak lama je lagi dah nak habis offer dari Allah...., hanya Allah je yg tau kita masih ada pd Ramadhan yg akan datang so jgn lepaskan peluang ni ... ...

Khamis, Ogos 19, 2010

Dah lebih seminggu kite sambut puasa yek? cepat betul masa berlalu.....apa juadah berbuka hari ni ? Jom kite tengok ..... hai ...dah telan air lior nampak? .... sabo...sabo...beberapa minit je lagi....

Selasa, Ogos 10, 2010

Selamat Berpuasa ....

...

Khamis, Julai 22, 2010

Ramadhan menjelma lagi ... Ingat mengingati

Selepas bulan Sya'ban apa yang selalu kita tunggu-tunggu...puasa pastu raya, biasanya persiapan raya yang lebih di utamakan ...sale sana sale sini, jadi bulan Ramadhan tu kita habiskan dengan persiapan nak raya. Apa kata kita ubah sikit minda kita ... kita berlumba-lumba siapkan diri untuk bulan Ramadhan, raya tu buat ala kadar je... lagipun puasa kita tu yang akan dapat pahala berganda-ganda , raya tu setakat enjoy je (ada pahala tapi byk lg masa Ramadhan)...betul tak? so marilah kita saling ingat mengingati.... Sebelum Ramadhan Sebelum memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan diantaranya: i. Berdoa kepada Allah agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. ii. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari dosa dan perbuatan maksiat. iii....

Rabu, Jun 30, 2010

Perkahwinan Hafiz & Teha dan Raihan & Asrizal

...

Koleksi klasik ku.....

...

Selasa, Jun 22, 2010

Kenapa Halal diwajibkan?

Makanan adalah sumber utama kehidupan manusia. Umat ISLAM adalah suatu umat yang telah disyari’atkan oleh ALLAH swt. dengan mewajibkan memakan dari sumber yang HALAALAN THOYYIBA... HALAL lagi baik. Pencernaan dalam sistem tubuh badan manusia mengikut apa yang dimakan. Jika makanan itu HALAL maka terbitlah budipekerti yang mulia, dan jika sumber atau makanan itu HARAM maka terbitlah perangai-perangai keji yang dicela syarak Disamping itu, selain daripada makanan peralatan luaran seperti kosmetik, dandanan diri, keperluan harian dan sebagainya juga merupakan barang kegunaan utama umat ISLAM. Adakah diyakini semuanya itu HALAL LAGI BAIK? Al-Quran ketika berbicara tentang makanan, Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thoyyib iaitu yang lazat, baik...

Selasa, Jun 15, 2010

Buku Kembara Hati di Tanah Suci

Ustaz Ghazali Ibrahim adalah adik kepada arwah Ustaz Asri Rabbani. Buku ini amat sesuai kepada jemaah yang akan menunaikan Haji atau Umrah. Pengalaman yang ada dalam buku ini boleh di jadikan panduan dan pedoman kepada jemaah yang pertama kali ke Tanah Suci Mekah dan Madin...

Rabu, Mei 26, 2010

Kisah Mee segera

Sumber: Sinar Harian GEORGETOWN – Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi...

Rabu, Mei 19, 2010

Musim Panas

Lama tak update blog ni ye ... ni ade sikit petua tuk cuaca kering ni... Sakit kerongkong dalam cuaca panas tidak sama dengan sakit ketika musim lembab. Sedapnya dpt minum air Roselle. Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dengan tambahan herba yang bersifat masam seperti Jus Asam Ja...

Jumaat, Mei 07, 2010

Resepi Hidup Sihat

Sekarang ni ada je berita kematian yang mengejut ... muda lagi dah meninggal, kesian isteri dan anak2 dia .... kemalangan tu biasa la tapi ... semalam kita jumpa dia sehat je ..tup...tup...pagi ni dengar dah meninggal. Pernah berlaku kat saya baru2 ni , masa tu kenduri anak buah dia bertunang, kebetulan kakak pun kenalkan dia pada saya.... oghang nye muda dan sihat .... aleh2 dapat berita dia meninggal esoknye...Ya Allah ! hanya Dia lah yang menentukan ajal hambaNya ... Sebab tu la nak ingatkan untuk saya dan juga semua , jaga lah kesihatan ..... apakah makna hidup senang kalau banyak...

Jumaat, April 30, 2010

Erti Diet Sebenar

Oleh Zuhayati Yazid SETIAP manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan seharian iaitu makanan yang memberi dan menambah tenaga bagi memastikan badan berupaya melakukan kerja-kerja harian dan otak pula mampu berfikir. Kesihatan yang baik juga berpunca daripada pemakanan yang seimbang dan sempurna kerana kesihatan merupakan aset penting bagi kita. Sekiranya tanpa tahap kesihatan yang baik kita akan diserang pelbagai penyakit dan sukar untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna. Namun masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa faktor pemakanan yang tidak sihat juga mengundang kepada masalah kesihatan yang boleh membawa maut dan secara tidak langsung merupakan punca utama penyakit yang kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Corak dan...

Jumaat, April 23, 2010

Menu tengahari semalam ....

Jemu jugak makan lauk kedai .... ape nak buat kekadang tak sempat nak masak bukan nya ape. Masak ayam masak kicap lada hitam dan sambal tumis udang... huh berselera anak2 makan.....

Rabu, April 21, 2010

Gaya Hidup Sihat

Diet yang mudah di amalkan dan senang di perolehi di sini kl...

Sabtu, April 17, 2010

Apa itu diet ?

 Orang selalu kata ' I diet la... tak nak makan' ..salah tu ... diet tu bukan tak makan lansung ...tapi makan la ikut time dan dalam kuantiti yang sikit je.... Yang pastinya , hargailah badan dan kesihatan kita. Jangan terlalu ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan tentang kesihatan dan lain lain faktor. Jgn terlalu stress dan setiap hari hanya memikirkan bagaimana untuk menguruskan badan dan asyik sering dok menimbang berat badan, maka berat badan juga akan lambat turun. Jadi amalkan pemakanan yang sehat. Dibawah ni cuba di perturunkan beberapa langkah yang agak senang dan memang sehat .Cuma bila saya bgtau cara cara ni, kengkadang sesetengah tu berkata , tak dapat nak lakukan……hmmmm (tepuk dada tanya diri.... lu fikir la sendiri ! ! ! !) Jangan makan makanan yang terlalu...

Rabu, April 14, 2010

Sambungan tips kuruskan badan

Cakap pasal kurus ni ... hmmm senang tapi susah jugak. Pg tadi buat survey .. dan lihat apa kata survey.. Kak Shid kata : makan sikit je... ( ok)jgn makan tit bit - in between meal (ni selalu buat..keropok la...asam la)makan ikut time - breakfast, lunch and dinner (bukan brunch ..breakfast + lunch)kurangkan manis dalam makanan ( lebihkan manis dalam senyuman...) kurangkan minum ais  (lemak tepu ooo...) Sa'diah kata :  jgn makan kalau ngantuk (kalau perot dah keroncong...soghi la ) jgn makan kalau lapar (selalu time lapo la nak makan...kan..kan...kan)  Kesimpulan nya ... mindset seseorang tu , kadar...

Isnin, April 12, 2010

Tips Kuruskan Badan

Apa pilihan anda. Nak kurus ke atau nak gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana (senang nye cakap). Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat (betul ke?). 1.Kurangkan makan nasi & makanan berlemak (boleh ke?). Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi (nak cuba lah ! ). 2.Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari (tak de masa...sibuk la) . Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang (ni lagi payah ). Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk (memang pun !). Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang...

Khamis, April 08, 2010

Tips Koleksi Barang Antik

Lama juga tak n3 blog ni , ni nak bg idea (jumpa masa surf internet)  camana nak kumpul barang antik Ok , ni ade beberapa tips Teliti sebelum membeli, pastikan yang betul2 antik...jgn salah pilih...sebab ada yg ori dan ada yg tak ori....Yg tak ori tu brg baru tapi design dia antik... informasi....dptkan info dari kawan/majalah/internet pasal barang antik sebelum beli Tawar menawar sebelum beli...memang ada penjual barang antik ni akan letak harga yg tinggi tapi tawar lah pada harga yg berpatutan. Kualiti barang....perhatikan kualitinya....kalau barang tu tak ori dah tentu kualiti nya berbeza. Bandingkan harga....jgn terburu2 ,perlu buat perbandingan harga .... kan bagus kalau kita boleh dapat barang dengan harga murah dan berkualiti... ...

Isnin, Mac 29, 2010

Makanan Haram Gelapkan Hati

Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati". (Hadis riwayat Bukhari) Jelas kepada kita dari sudut pandangan sains, makanan yang baik penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah, menukar glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang...

Selasa, Mac 23, 2010

Isu Semasa

Hampir setiap hari kita di hidangkan dengan logo halal palsu, ayam di sembelih secara tidak halal , kilang bihun di sebelah kandang babi, kilang membuat tahu yang kotor, makanan yang di campur dengan bahan yang tidak halal dan bermacam-macam lagi. Persatuan Pengguna Islam Malaysia sendiri menyarankan supaya umat Islam sensitif dengan produk-produk yang ada di pasaran seperti : • Tiada Halal JAKIM / MALAYSIA • Tidak Menghormati sensitiviti umat Islam • Bukan buatan Malaysia • Bukan Syarikat Islam/ Bumiputera • Menyalurkan sumbangan kepada yahudi • Sijil Halal palsu / tidak di iktiraf / swasta • Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam • Barangan...

Sabtu, Mac 20, 2010

Kraftangan ku

Ni lah hasilnya.... fridge magnet ...yang tak dapat di mana2 kedai....heh...

Pages 231234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More