Selasa, Disember 29, 2009

MADU LAGI....KEAJAIBAN MADU LEBAH




Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah:


“Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.” (QS. An-Nahl, 16:68)


1. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu dengan bentuk heksagonal. Sebuah bentuk penyimpanan yang paling efektif dibandingkan dengan bentuk geometris lain.


2. Lebah menggunakan bentuk yang memungkinkan mereka menyimpan madu dalam jumlah maksimum dengan menggunakan bahan yang paling sedikit.


3. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat.


4. Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antara lebah yang sukar untuk dipercayai.


5. Setelah menemui sumber makanan, lebah pemandu yang bertugas mencari bunga untuk menghasilkan madu terbang lurus ke sarangnya.


6. Ia memberitahukan kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus.


7. Setelah memperhatikan dengan seksama isyarat gerak dalam tarian tersebut, akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut dan mampu menemuinya tanpa kesukaran.


8. Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membina sarang.


9. Mereka mula membina sel-sel tempat menyimpan madu dari sudut- sudut yang berbeza, seterusnya hingga pada akhirnya mereka bertemu di tengah.


10. Setelah pekerjaan selesai, tidak nampak adanya ketidakserasian ataupun pembetulan pada sel-sel tersebut.


11. Manusia tak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa pengiraan geometris yang rumit; akan tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah.


12. Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk melalui "ilham" dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas.


13. Sejak jutaan tahun yang lalu lebah telah menghasilkan madu sepuluh kali lebih banyak dari yang mereka perlukan.


14. Satu-satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala pengiraan secara terinci ini menghasilkan madu secara berlebihan adalah agar manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang mengandung "ubat bagi manusia" tersebut. Allah menyatakan tugas lebah ini dalam Al-Qur'an:




"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16:69)"


Tahukah anda tentang manfaat madu sebagai salah satu sumber makanan yang Allah sediakan untuk manusia melalui serangga yang mungil ini?




1. Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat.


2. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsi lebah.


3. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, sodium dan zink dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.


4. Sebagaimana firman Allah, madu adalah "ubat yang menyembuhkan bagi manusia".




Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para cendikiawan yang bertemu pada World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China. Dalam perjumpaan tersebut dibincangkan pengubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para pengkaji Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati berbagai penyakit.




Seorang doktor berasal dari Rumania mengatakan bahawa ia cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 pesakitnya sembuh sama sekali.Para doktor dari Polandia juga mengatakan dalam perjumpaan tersebut menyatakan bahawa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit seperti buasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan berbagai penyakit lain.

Khamis, Disember 24, 2009

Jamu mata...



ni MIL punye .... so jamu mate je la...

Rabu, Disember 23, 2009

Bercuti ...Balik Kampung...

Dah lama tak balik kampung saya kat Perak...best nya..3 hari 2 malam.Lunch kat rumah adik , tea kat rumah abang, dinner kat rumah kakak...yes! semuanya sponsored.he..he..he.Pegi Lumut shopping.. ingat nak ke Pangkor tapi tak sempat lak.Alamak gambar tak download lagi..tunggu !!!!!! nanti masukkan ye..

Khamis, Disember 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada semua blogger. Semuga Allah ampunkan dosa , murahkan rezeki dan panjangkan umur kita...dan juga segala amalan di terima Allah untuk tahun lepas dan akan datang....amiiin.

Selasa, Disember 15, 2009

PEMAKANAN SIHAT





Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan) amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.


MENGAPA MADU DAN KURMA ?


MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".


BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan


Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.
Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.


Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.


Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.


Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.




Khasiat Madu Lebah Asli


Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.


Khasiat Buah Kurma Segar


Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.
Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.
Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.
Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More