Khamis, November 26, 2009

Resepi Nasi Udang

Dah lama tak masukkan resepi...sibuk la katakan (bukan sibuk ..menyibuk). Ni nak bagi satu resepi yang special dalam keluarga kami...Nasi Udang...Hari tu abang saya yang sulung datang rumah dan sempat demo Nasi Udang ni...

Nasi Udang

Bahan:


6 pot beras - di bersihkan dan toskan airnya
1 kilo udang besar


1 batang kulit kayu manis ]
2 kuntum bunga lawang ]
6 biji bunga cengkih ]
4 biji buah pelaga ]
1 sudu kecil serbuk jintan manis ]-- untuk menumis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih ]
10 biji lada hitam - di tumbuk halus ]
1 biji bawang besar - di mayang halus ]
1 ulas bawang putih - di mayang halus ]
1 inci halia - di hiris ]


1 tin kecil tomato puree
1 cawan susu cair
2 sudu minyak sapi + sedikit minyak masak
1/4 gula kabung /melaka
garam secukup rasa
8 pot air (bergantung pada beras)


Caranya


Panaskan minyak
Tumiskan bawang merah,bawang putih dan juga halia.
Masukkan kulit kayu manis dan lain-lain bahan menumis setelah bawang tadi kekuningan
Masukkan susu cair, di ikuti tomato puree, air, gula kabung,udang dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan beras dan biarkan sehingga masak (lebih mudah menggunakan rice cooker).



Nasi Udang sedap di makan bersama jelatah timun dan nenas serta sos cili

MMMM.....memang sedap.

Khamis, November 19, 2009

Koleksi gambar kulit siput












Ni gambar koleksi kulit siput milik arwah bapak.Bapak dulu ada buat sekolah siput gewang, sayang sekali tak ada sorang pun anak nya yang minat dengan kulit siput. Banyak hasil kerjatangan nya tak dapat nak di selamatkan. Sekarang ni timbul pulak minat dengan kulit siput....dulu bukan nya apa sebab sibuk belajar. Ingat nak cuba kumpul balik koleksi kulit siput ni , kalau boleh nak buat satu galeri satu hari nanti.....

Ahad, November 08, 2009

Petua membersihkan papan pemotong






Hanya gunakan lemon untuk membersihkan papan pemotong , tak susah kan?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More