Rabu, September 30, 2009

Beraya di kampung. . . .

Menziarahi pusara, Kunjung mengunjung ,berjumpa sanak saudara , bermaaf maafan , nikmati juadah ... itulah yang meriah nya pada hari raya.. Gambar menarik di hari raya:


Hidangan di pagi raya

Maaf lama tak update blog, beraya sakan....ha nak share 2 resepi yang saya masak untuk pagi raya..memang setiap pagi raya resepi ni dah jadi kelaziman

SAMBAL KACANG AYAM ORGANIK CEK YAM

Bahan-bahan:

3 ekor ayam
serbuk kunyit
3 senduk cili giling
garam
gula
asam jawa
sekati kacang tanah ( digoreng dan di tumbuk)
Minyak untuk menumis

Bahan A – di kisar halus

4 labu bawang besar
1 ½ labu bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
6 batang serai

Bahan B – di goreng tanpa minyak dan di tumbuk halus

2 ½ sudu besar jintan manis
2 ½ sudu besar jintan putih

Cara Memasak
1. Tumis bahan A + cili giling sehingga naik bau, masukkan gula sedikit
2. Masukkan air sedikit dan kacang tanah, biar mendidih
3. Masukkan ayam dan tambahkan air lagi jika terlalu pekat,asam jawa dan garam
4. Sedap di makan bersam ketupat atau nasi himpit.

DAGING PALEMBANG CEK YAM



Bahan-bahan

4 kilo daging organik
5 senduk cili giling (dikisar dengan belacan)
2 senduk belacan
gula
asam jawa
2 biji kelapa ( dibuat kerisik)
Minyak untuk menumis
1 botol kicap (cap kipas udang)

Bahan A – di kisar halus

10 labu bawang besar
1 ½ labu bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
8 batang serai

Cara Memasak
1. Daging di rebus (dlm pressure cooker lebih cepat) dan di potong tidak terlalu nipis. Air rebusan jangan dibuang.
2. Tumis bahan A + cili giling + belacan sehingga naik bau
3. Masukkan air daging , kicap, asam jawa dan biarkan mendidih sehingga agak pekat .
4. Masukkan daging dan akhir sekali kerisik.
5. Sedap di makan bersama ketupat atau nasi himpit.

Khamis, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Jumaat, September 11, 2009

Stevia


INFO:

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay. Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa.

Nama Saintifik: Stevia rebaudiana
Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay
Asal: Paraguay
Daun Stevia digunakan dalam cola radix dan kopi diet kerana :
Ia merupakan pemanis semula jadi, sesuai diminum oleh orang berpenyakit seperti pesakit kencing manis
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencingMenurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More