Khamis, Ogos 27, 2009

Kicap Lemak Manis dan Lemak Masin

Alhamdulillah HPA tlah keluarkan kicap ....boleh di beli di mana-mana cawangan HPA.InsyaAllah dengan keluarnya kicap lemak manis dan lemak masin ini akan bertambah lagi produk halal untuk kita...

Ayam Masak Kicap HPA
















Bahan-bahan ( 1-2 orang )

1/2  ekor ayam organik HPA
garam kunyit secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar -hiris nipis
3 ulas bawang putih- mayang
1/2 inci halia- tumbuk kasar
kicap pekat manis HPA secukupnya
1-2 biji merah
1-2 batang cili hijau
Kentang goreng di potong macam wedges
Sos lada hitam

Cara-cara

Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
Kemudian masukkan kicap , sos lada hitam dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
Masukkan cili hijau dan cili merah yang telah di hiris ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api. Akhir sekali masukkan kentang yang telah di goreng.
Siap untuk dimakan.

Selasa, Ogos 11, 2009

Khasiat Madu Lebah(A’SAL)


Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More